Resepi Sambal Kelapa Untuk Nasi Kerabu

Hai semua. Sesiapa yang ada baca entri saya sebelum ni mesti tahu yang saya cuba untuk masak nasi kerabu buat pertama kalinya. Seperti yang saya katakan dalam entri tersebut, saya akan kongsikan resepi untuk sambal kelapa.

Untuk membuat sambal kelapa ni, tak banyak pun bahan yang diperlukan. Bahagian yang leceh sikit mungkin masa nak asingkan isi dan tulang ikan selepas ikan direbus. Terpulang kepada anda nak guna ikan apa asalkan ikan yang bersesuaian. Ada yang guna ikan kembung. Ada yang guna ikan selayang.

Kuantiti bahan-bahan di bawah boleh diubah mengikut kuantiti kelapa yang digunakan dan citarasa masing-masing. Tanpa melengahkan masa,  jom kita baca resepi yang saya gunakan untuk membuat sambal kelapa.

Bahan-bahan
4 ekor ikan-direbus dan diambil isi sahaja
5 biji bawang merah-ditumbuk
Kelapa parut
2 batang serai-dihiris & ditumbuk
Garam-secukupnya

Cara-cara memasak
1. Masukkan semua bahan kecuali garam ke dalam kuali.

2. Hidupkan api dan kacau. Pastikan selalu kacau untuk elakkan kelapa hangit.

3. Apabila kelapa sudah berwarna keperang-perangan, tutup api.

4. Masukkan garam dan kacau. Hidangkan sambal kelapa.

Sambal Kelapa Nasi Kerabu

Kalau anda lihat dalam gambar di atas, agak banyak sambal kelapa yang saya sediakan. Tak habis pun makan dengan nasi kerabu. Untuk mengelakkan pembaziran, anda boleh gunakan sambal kelapa tu sebagai inti untuk popia mini.

Selamat mencuba. Sesiapa yang ada resepi lain untuk sambal kelapa nasi kerabu dialu-alukan untuk berkongsi di ruangan komen.

Baca resepi yang lain:

Comments

  1. rajinnyeee masak sendiri n menjadi tu..
    kalo akak ni tahu makan ja hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak adalah rajin sangat. Kebetulan semua bahan-bahan dah ada dan memang teringin nak makan.

      Delete
  2. tak ada serunding ni tak lengkap lah nasi kerabu kan JR :)

    ReplyDelete
  3. Sambal ini memainkan peranan penting untuk memastikan nasi kerabu sedap.. hehehe..

    ReplyDelete

Post a Comment