Hai semua. Kembali lagi dalam siri Experience Pertama Kali Cuba Masak. Untuk entri hari ini, saya akan kongsikan pengalaman pertama kali cuba masak nasi arab Mandy.
Sebenarnya dah lama teringin makan nasi arab sebab selalu makan di Melaka dulu. Memandangkan tak pernah lagi masak nasi arab, saya dan adik pun cuba untuk masak menggunakan nasi arab segera. Kami gunakan set Nasi Arab Mandy Ayam Saudi dari Al Bayt.
Nasi Arab Mandy Ayam Saudi Al Bayt |
Kami beli set nasi arab tersebut pada harga RM 15. Dalam kotak tu, terdapat beras basmathi, rempah serbuk mandy dan rempah tumis mandy (kulit kayu manis, cengkih, pelaga, lumi). Rempah lumi ni pertama kali saya dengar tentangnya. Dapat ilmu baru sambil memasak.
Bahan-Bahan Untuk Nasi Arab Mandy |
Beras basmathi tu nampak macam sedikit sahaja kuantitinya. Rupa-rupanya, boleh dapat dalam 2 pot beras. Anggaran adalah untuk 4-5 orang makan. Namun, bagi keluarga saya ramai lagi boleh makan. Kalau anda seorang yang tak makan banyak, lebih dari 5 orang boleh makan.
Ada beberapa elemen untuk Nasi Arab Mandy ni, iaitu nasi, ayam panggang, sos harrah dan salad arab. Ayam diperap terlebih dahulu dengan rempah serbuk mandy sebelum dipanggang dalam ketuhar. Sos harrah pula diperbuat daripada tomato. Bagi salad arab, timun dan tomato digunakan.
Jom kita lihat nasi arab Mandy versi keluarga Jannah.
Sangat mudah sebenarnya untuk masak nasi arab menggunakan set nasi arab Al Bayt ni sebab resepi juga disertakan. Namun, kami ubah sedikit resepinya mengikut citarasa kami dan kuantiti ayam. Sepatutnya ada daun ketumbar dalam sos harrah dan salad arab, tapi kami tak tambahkan pun daun ketumbar.
Nasi Arab Mandy Ayam Saudi |
Nasi Arab Mandy Ayam Saudi |
Sangat mudah sebenarnya untuk masak nasi arab menggunakan set nasi arab Al Bayt ni sebab resepi juga disertakan. Namun, kami ubah sedikit resepinya mengikut citarasa kami dan kuantiti ayam. Sepatutnya ada daun ketumbar dalam sos harrah dan salad arab, tapi kami tak tambahkan pun daun ketumbar.
Kalau kita lihat dalam gambar di atas, tak banyak pun elemen untuk nasi arab ni. Tapi banyak habis masa untuk perap ayam, rendam beras dan panggang ayam.
Rasanya memang sedap dan berbaloi dengan harganya. Beras basmathi tu adalah yang super long. Nasi lembut je dan terasa rempah mandy pada ayam panggang.
Selain daripada Nasi Arab Mandy, ada tiga set nasi arab yang lain. Memandangkan percubaan memasak nasi arab buat pertama kali berjaya, mungkin lepas ni kami akan cuba set Nasi Arab Kabsah atau Magluba pula.
Sekian sahaja entri kali ini. Nantikan menu lain yang saya akan masak untuk siri Experience Pertama Kali Cuba Masak.
Jenis nasi arab yang mana menjadi kegemaran anda? Jangan lupa kongsikan di ruangan komen.
Pertama Kali Cuba Masak Nasi Ayam
skrg senang je nk masak nasi arab kan? semuanya lengkap dh siap dgn beras.. kalau nk beli beras basmathi tu mahal jugak.. tp kalo dh siap dgn paste tu mmg berbaloi nak masak sendiri
ReplyDeleteBetul tu. Mudah dan jimat masa.
DeleteAkak pun oernah guna yang ni beli paket gini mudah nak masak nasi arab dah siap rempah semua kan, cuma akak tambah 1 pot beras biasa 😅.. cukupkan 4 cawan.. tapi masih lagi ok dgn rempah sume tu sedang elok jerr
ReplyDeleteOoh. Kalau macam tu, boleh tambah beras lain sikitlah.
Deletesenang yer nak masak nasi arab... dah ada yang instant
ReplyDeleteBetul tu. Sesuai untuk yang pertama kali nak cuba masak nasi arab.
DeleteAkak suka guna jenama Yameni Mandhi.. mudah bila ada yang instant..
ReplyDeleteOoh. Saya tak pernah jumpa lagi jenama tu.
Delete