Review KFC Balinese Crunch

Beberapa hari yang lalu, KFC Malaysia telah memperkenalkan satu menu baru, iaitu KFC Balinese Crunch. Seperti biasa, saya tidak melepaskan peluang untuk cuba kerana menu ini nampak menarik ala-ala KFC Sawadee Crunch.

Saya beli di aplikasi Foodpanda dengan harga RM 21.99. Saya pilih kombo 3 ketul ayam. Selepas baca review tentang KFC Balinese Crunch, saya perasan yang coleslaw tiada walaupun dalam iklan ada. Tak pasti sama ada disebabkan oleh masalah tiada bekalan coleslaw atau masalah lain.

Tanpa membuang masa, jom kita lihat dulu rupa KFC Balinese Crunch ni.

KFC Balinese Crunch

KFC Balinese Crunch ini didatangkan dengan ayam goreng, wedgeswhipped potato dan air. Menurut apa yang saya baca, katanya ada serai, daun limau purut dan sebagainya.

Untuk pembelian kali ini, memang saya sangat berpuas hati dengan saiz ayam. Ayamnya bersaiz besar dan berbaloi dengan harga yang dibayar. Cuma agak kecewa sebab coleslaw digantikan dengan wedges. Jadi, tiada unsur yang segar untuk mengimbangkan rasa berminyak daripada ayam. Lagipun whipped potato pun dah berunsurkan kentang.

Dari segi rasa, KFC Balinese Crunch ini konsepnya lebih kurang sama dengan KFC Sawadee Crunch dan KFC Zesty Crunch. KFC memfokuskan kepada rasa pedas dan masam. Namun, rasa pedas lebih kuat berbanding rasa masam tapi bukanlah pedas sangat sampai tak boleh makan.

Bagi saya, seasoningnya agak kuat macam rasa perencah tom yam. Kalau tengok pada warna ayam goreng tu pun, dah boleh nampak yang perasa yang digunakan agak banyak. Seluruh bahagian ayam disaluti dengan perasa tu, bukan bahagian atas sahaja. Tapi tak terasa sangat kalau makan isi sebab rasanya lebih di kulit ayam.

Kalau anda makan ayam Balinese Crunch dengan sos cili, rasanya lebih kurang macam ayam hot & spicy je. Rasa ala-ala tom yam tu agak tenggelam.

Berdasarkan penilaian saya, berikut adalah pembahagian markah:

KFC Balinese Crunch:
Rasa- 3.8
Rupa-4.5
Kuantiti-4.5
Harga-4.0
Jumlah: 4.2 daripada 5 bintang

Kesimpulannya, KFC Balinese Crunch ni sedap tapi kurang kelainan sebab KFC dah pernah mengeluarkan menu dengan konsep pedas dan masam sebelum ini. Tapi untuk yang suka profil rasa seperti ini, anda mungkin suka. Bagi saya, kalau rasa masam ditingkatkan lagi, mungkin rasanya lebih sedap. Apa-apa pun, kemungkinan besar saya akan repeat order.

*Review ini hanyalah pendapat saya berdasarkan penilaian yang saya buat. Kualiti makanan mungkin berbeza di cawangan KFC yang berbeza. Kalau anda ada pendapat sendiri, boleh kongsi di ruangan komen (gunakan perkataan yang positif). 

Comments

  1. wah kfc ada menu baru, kena cuba juga ni :)

    https://www.tiarasaphire.com/2021/06/hatimu-sedingin-salju.html

    ReplyDelete
  2. Alaaaa wedges tu ada berapa je tuu? Makin banyak pulak menu baru kfc keluarkan ya, kadang kadang bila beli di store, tak ada menunya, tapi dalam aplikasi ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pastilah. Tak kira pula ada berapa wedges tu. Mungkin sesetengah cawangan KFC tak ada menu tertentu.

      Delete

Post a Comment