Review KFC Nugget & Sambal Sauce

Hai semua. Hari ini saya akan review salah satu menu di KFC, iaitu KFC Nugget & Sambal Sauce. Nugget ni bukanlah menu baru tapi KFC cuma tambahkan sambal je kalau beli nugget.

Sebelum ni saya dah pernah cuba KFC Nugget tapi yang orang beli lah. Tak pernah beli sendiri lagi sebab saya suka hidangan yang lebih mengenyangkan seperti Snack Plate atau Super Jimat Box. Kebetulan ada orang belanja, jadi saya terus buat review kat sini.

Kami beli melalui Foodpanda pada harga RM 13.49. Untuk set nugget ini, ada 9 ketul nugget dan 2 bekas sambal. Jadi, harga untuk 1 ketul nugget lebih kurang RM 1.50. Tanpa melengahkan masa, jom kita lihat rupanya.

KFC Nugget

KFC Sambal Sauce

Dari segi rasa, makan tanpa cicah dengan apa-apa pun sudah sedap. Kalau makan dengan sambal pula, macam kurang sesuai sebab sambal agak masin. Lagi sesuai kalau makan dengan sos cili. Sambal tu lebih kurang sama dengan sambal dalam Nasi Atuk KFC hari tu.

 Berdasarkan penilaian saya, berikut adalah pembahagian markah:

KFC Nugget & Sambal Sauce:
Rasa- 4.0
Kuantiti-3.8
Harga-3.5
Pembungkusan-4.0
Jumlah: 3.8 daripada 5 bintang

Pada pendapat saya, RM 13.49 untuk 9 ketul nugget adalah agak mahal. Lebih berbaloi kalau beli Super Jimat Box atau hidangan nasi kerana lebih mengenyangkan. Mungkin saya akan makan kalau ada orang belanja je KFC Nugget ni😂.

*Review ini hanyalah pendapat saya berdasarkan penilaian yang saya buat. Kualiti makanan mungkin berbeza di cawangan KFC yang berbeza. Kalau anda ada pendapat sendiri, boleh kongsi di ruangan komen (gunakan perkataan yang positif). 

Comments

  1. 9 keping anak-anak akak sekali ngap je tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kak. Kena beli makanan lain juga baru kenyang.

      Delete
  2. Nugget KFC memang sedap. Tapi betulla, agak mahal. Biasa makan set jimat box tu. Snacker Box jugak yang selalu beli pun hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau beli jimat box tu, boleh cuba beberapa jenis makanan sekaligus.

      Delete
  3. lama tak makan kfc
    terliur pula tengok pepagi nih
    hahaha

    ReplyDelete
  4. selalu beli yang jimat box ada nugget tu.. Sedap juga nugget dia.. Cuma sambal tu tak pernah cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh. Saya jarang beli super jimat box yang ada nugget tu.

      Delete

Post a Comment