Resepi Daging Popcorn Yang Sedap

Hai semua. Kembali lagi dalam entri perkongsian resepi di blog The Wonderful Jannah. Hari ini saya akan kongsikan resepi daging popcorn. Biasanya orang buat ayam popcorn tapi The Wonderful Jannah selalu buat resepi yang lain sedikit.

Sebenarnya, adik saya yang bagi cadangan supaya masak daging popcorn untuk dikongsikan di YouTube. Alang-alang dah ada resepi, saya kongsikan di sini juga bagi yang lebih suka baca berbanding tonton video.

Saya gunakan tepung tempura jenama Bestari untuk resepi ini. Tapi kalau tak ada, anda boleh gantikan dengan tepung daripada jenama lain atau gunakan tepung gandum.

Tanpa melengahkan masa, mari kita lihat resepinya.

Bahan-bahan
Daging lembu-dihiris kecil
Tepung tempura Bestari-secukupnya
Garam-secukupnya
Minyak masak-untuk menggoreng

Cara memasak
1. Masukkan tepung ke dalam satu pinggan.

2. Masukkan garam dan gaul hingga sebati.

3. Salut daging dengan tepung.

4. Panaskan minyak di dalam kuali (gunakan api kecil dan pastikan minyak betul-betul panas). Masukkan daging dan goreng sehingga berwarna keperangan.

Daging Popcorn Versi The Wonderful Jannah

Percubaan pertama kali memasak daging popcorn ni berjaya. Nasib baik daging lembut dan salutan tepung pun garing. Daging popcorn ini sedap dimakan dengan nasi putih atau dimakan begitu sahaja sebagai kudapan. Tapi janganlah makan secara berlebihan sebab makanan bergoreng kan banyak minyak.

Selamat mencuba😊.

*Versi video ada di YouTube The Wonderful Jannah.

Baca resepi yang lain:


Comments

  1. First time dengar daging versi popcorn. nice try. Nanti nak cuba. :)

    ReplyDelete
  2. Biasa ayam popcorn, kalini daging popcorn pulakk. Boleh bookmark dulu, mana tahu nanti nanti nak buat ke :)

    ReplyDelete
  3. 1st time lalu resepi gini. menarik utk dicuba.
    daging tu nak kena rebus dulu tak?
    normally chicken popcorn, kan.
    sesekali tukar ke daging,ok jugak.
    makan dgn nasi. buat sambal goreng. syok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak rebus. Terus salut dengan tepung je. Nasib baik daging tu lembut.

      Delete

Post a Comment