Giveaway Cipta Sajak Sempena Ulangtahun Kelahiran Ainnul Dania Huda

Giveaway Cipta Sajak Ulangtahun Kelahiran Dania

Hai semua. Nampaknya sekarang ni musim blogger anjurkan giveaway. Antara yang baru melancarkan giveaway ialah Kak SA. 

Saya tertarik dengan giveaway ini kerana buat pertama kalinya peserta diminta untuk mencipta sajak. Saya ada pengalaman tulis sajak tapi kebanyakannya masa zaman sekolah dulu. 

Pernahlah juga beberapa kali tulis sajak di blog ini.

Kalau nak tahu kemahiran menulis sajak saya masih baik atau tak, jom baca sajak yang ditulis khas untuk Dania.


Tajuk: Cerita Tentang Dania

Tanggal 25 September 2004

Lahirnya seorang insan istimewa

Yang dinantikan selama 9 bulan 10 hari


Sejak itu,

Bermulalah perjalanan MAMA sebagai ibu

Melayari hari-hari yang mendatang

Bersama versi kecil dirinya


Seorang puteri yang diberi nama Ainnul Dania Huda

Dialah sumber kekuatan MAMA

Untuk menjalani kehidupan yang mencabar

Dialah sumber keceriaan MAMA

Tatkala MAMA keletihan


Dia juga permata hati atuk dan uwan

Bukan satu-satunya cucu Pak Zain dan Mak Pah

Tapi dialah yang sentiasa menemani mereka

Ketika yang lain tidak dapat berkunjung ke rumah


Ainnul Dania Huda,

Pembelajaran dengan norma baru tidak mudah

Tapi teruskan menuntut ilmu

Sebagai bekalan untukmu nanti

Kejayaan pasti dapat dicapai

Dengan usahamu dan doa dari MAMA


Sedikit pesan buat Dania

Bahagiakanlah MAMA

Kerana dialah syurgamu 

Dan dirimu adalah hartanya di dunia dan akhirat


Akhirnya siap juga sajak untuk Dania setelah berhari-hari mencari idea dan mengasah kembali bakat menulis sajak😂. Maaf atas segala kekurangan kerana saya masih lagi belajar. 

Sebelum saya akhiri entri ini, saya ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada Ainnul Dania Huda. Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan dipermudahkan urusan untuk pembelajaran.

*Tarikh tutup untuk Giveaway Sajak Sempena Ulangtahun Kelahiran Ainnul Dania Huda ini ialah pada 30 September 2021 dan pemenang akan dipilih oleh Dania. Semoga berjaya kepada semua peserta.

Comments

Post a Comment