Hadiah Top Komentators Ogos 2021 Dari Suria Amanda

Hai semua. Sebelum ini saya telah kongsikan yang saya sedang menanti hadiah top komentators dari blogger Suria Amanda (Kak SA). 

Boleh dikatakan seminggu dua ni saya asyik ternampak rakan blogger berkongsi tentang laman web Shein yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian, kasut dan beg.

Tiba-tiba, Kak SA memberitahu saya yang beliau telah order sesuatu daripada Shein Malaysia sebagai hadiah untuk saya. Setelah 4 hari menunggu, akhirnya hadiah itu sampai hari ini. Cepat juga penghantaran yang dilakukan oleh pihak kurier.

Jom kita lihat hadiahnya.

Hadiah Dari Blogger Suria Amanda

Hadiah Dari Blogger Suria Amanda

Hadiah yang saya dapat ialah tote bag yang berwarna hitam. Designnya ringkas tapi cantik. Beg ini agak besar dan banyak barang boleh diisi. Di bahagian atas pula ada butang untuk mengelakkan barang daripada mudah terkeluar.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kak SA untuk hadiah yang diberikan kerana saya menjadi top commentators untuk bulan Ogos 2021 di blog Suria Amanda. Semoga Kak SA dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.

Cuma tak tahulah bila boleh guna beg ni memandangkan hanya duduk di rumah sekarang ni😂. Nampaknya beg ini akan disimpan dahulu sehingga tiba waktu yang sesuai. Semoga keadaan dapat pulih seperti biasa tak lama lagi.

Jangan lupa untuk singgah ke blog Suria Amanda dan tinggalkan komen anda. Mana tahu anda pula pemenang seterusnya untuk top komentators. 

Sekian sahaja untuk entri kali ini. Jumpa lagi. 

Comments

  1. Alhamdulillah, tahniah kerana menjadi top commentator kak Suria.. cantik beg tue..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, tahniah sekali lagi dan thanks for your support...hope you like it...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, rezeki tak pernah salah alamat. Tahniah jannah! :)

    ReplyDelete
  4. Rupanya di blog ada juga rezeki kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kadang-kadang rezeki datang tanpa dijangka.

      Delete
  5. Alhamdulillah . Tahniah tak siap2 merancakkan lgi entri rakan2 blogger kan . Ada juga rezeki terselit di situ . Cantik beg tu .
    Selamat mengayakan

    ReplyDelete

Post a Comment