Perlu Ke Bawa Printer Sendiri Ke Universiti?

Hai semua. Mesti ramai yang sedang sibuk membuat persiapan untuk daftar masuk ke universiti masing-masing sekarang. Antara barang-barang yang wajib dibawa ialah dokumen pendaftaran, pakaian, komputer riba dan toiletries. Bagaimana pula dengan printer? Perlukah anda membawanya bersama?

Semasa saya mendaftar masuk ke universiti, saya memilih untuk membawa printer sendiri kerana beberapa sebab. 

Antara sebab utama ialah saya seorang yang perlukan nota bercetak untuk ulangkaji. Saya suka cetak lecture slides, soalan tutorial dan soalan peperiksaan tahun-tahun lepas. Sakit mata kalau baca nota dalam laptop dan saya sering tulis nota tambahan pada lecture slides. Memang kosnya tinggi kalau saya cetak di kedai. 

Selain itu, membawa printer sendiri membolehkan saya mencetak nota atau apa-apa sahaja pada bila-bila masa termasuk pada waktu tengah malam. Kebiasaanya, kedai percetakan di kampus hanya buka dari pagi hingga petang (sama dengan jadual kelas). Ada masanya jadual saya padat dan tak sempat untuk ke kedai tersebut. Apabila ada dokumen yang perlu dicetak dengar segera lebih mudah dengan adanya printer sendiri.

Di samping itu, saya dapat menjimatkan masa dan menggunakan masa dengan lebih efisien. Apabila pergi ke kedai percetakan, saya perlu menunggu giliran dengan agak lama terutamanya semasa para pelajar ingin menghantar tugasan atau FYP. Tambahan pula, bukan semua datang untuk cetak tugasan semata-mata. Ada yang edit tugasan dahulu di situ. Kalau dakwat printer habis, saya kena tunggu pemilik kedai untuk tukarkan dakwatnya terlebih dahulu.

Sebenarnya, bukan saya langsung tak jejakkan kaki di kedai percetakan semasa di universiti. Biasanya saya pergi ke sana hanya untuk cetak tugasan berkumpulan supaya senang nak kira jumlah wang yang harus dikeluarkan oleh setiap ahli. 

Untuk binding atau laminate, memang perlu ke kedai percetakan lah. Jadi, sekali-sekala je kena beratur di kedai tu.

Setelah anda baca sebab saya membawa printer sendiri, anda boleh membuat penilaian sama ada printer adalah satu keperluan untuk anda ataupun tidak.

Selamat mendaftar dan menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar universiti.

Comments

  1. Sama dulu pun beli printer sendiri je sbb malas beratur di kedai dan lagi mudah print sendiri. Utk group assignment selalu jadi tukang print tp jarang minta duit ink dgn ahli lain sbb malas nak kira page ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menjimatkan masa kalau print sendiri, kan.

      Delete
  2. bawa printer sendiri senang nak print nota dan assignment. kalau tidak jenuh nak beratur kat kedai.

    ReplyDelete
  3. Penting sangat2 .. sbb dulu masa sy study print kat koperasi tapi tu lahh berbaris ramai org.. huhu.. Dapat ja PTPTN terus beli printer.. senang nak buat esaimen

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya bagus kalau ada pencetak sendiri.. Tambahan pula pencetak dan dakwat pun tak adalah mahal sangat sekarang ini.. Lebih mudah dan menyenangkan untuk siapkan tugasan..

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Memang perlu terutamanya waktu sekarang yang banyak kedai tutup kan.

      Delete
  6. dulu memang bawak printer sendiri. Budak rumah siap ada binding machine. Senang tak payah nak keluar pergi kedai untuk print. Unless last minute baru dapat dari lecturer lah

    ReplyDelete

Post a Comment