Hai semua. Saya ingin mengucapkan tahniah buat mereka yang mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian dalam bidang bioinformatik dan bidang lain juga.
Mesti anda yang tertanya-tanya tentang bioinformatik memandangkan tidak ramai yang tahu tentang kursus ini. Oleh itu, saya akan kongsikan dengan anda persediaan sebagai pelajar bioinformatik.
*Ingin saya tegaskan di sini bahawa perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman saya. Oleh itu, mungkin terdapat perbezaan mengikut universiti, tahun pengajian dan situasi semasa (norma baharu).
1. Komputer riba (laptop)Laptop merupakan keperluan asas untuk pelajar bioinformatik. Bukan sahaja untuk menyiapkan tugasan tetapi untuk kelas tutorial dan lab test juga. Untuk sesetengah kelas lab, terdapat dry lab. Maksudnya anda tidak menjalankan kajian di makmal sains. Lab dijalankan menggunakan software atau online database.
Kalau nak lebih selesa dan kerja berjalan lancar, carilah laptop yang sekurang-kurangya ada 4GB RAM. Lebih tinggi, lebih bagus. Selain itu, pastikan storage mencukupi sebab banyak benda yang perlu anda install. Boleh baca entri saya untuk panduan membeli laptop.
2. Terbuka untuk belajar teknologi maklumat (IT)
Ramai yang ingat bioinformatik ni belajar bio sahaja. Namun, tidak sebenarnya. Anda akan belajar sains (lebih kepada bio dan kimia) serta IT (programming, operating system, database etc). Sebenarnya, saya tak ada asas dalam programming tapi boleh je bertahan sehingga tamat pengajian. Jadi, jangan risau dan letakkan usaha yang lebih untuk tingkatkan kemahiran IT anda.
3. Banyak bergantung kepada Google dan YouTube
Salah satu cabaran belajar bioinformatik ialah tidak banyak individu yang boleh dijadikan rujukan. Komuniti bioinformatik di Malaysia ni sangat kecil dan susah untuk terjumpa dengan orang yang berada dalam bidang bioinformatik melainkan pensyarah dan rakan sekelas kita.
Saya selalunya jadikan Google dan YouTube sebagai sumber rujukan tapi tak ramai sebenarnya yang kongsi pengalaman atau tips untuk bioinformatik. Sebab tu saya kongsikan di sini supaya anda boleh dapatkan sedikit gambaran.
Hal yang sama berlaku ketika ketika menyiapkan tugasan. Oleh itu, anda kena ada kemahiran yang bagus dalam membuat pencarian seperti penggunaan kata kunci yang betul.
4. Perlu tahu latar belakang kursus bioinformatik
Memandangkan ramai yang tidak tahu tentang kewujudan bioinformatik di Malaysia, pelajar bioinformatik perlu menerangkan kepada orang lain tentang kursus ini. Apabila anda ingin memohon untuk latihan industri, sesetengah syarikat mungkin tidak begitu tahu tentang bioinformatik dan mereka ingin tahu bagaimana bioinformatik berkait dengan perniagaan mereka.
5. Belajar subjek dari bidang yang berbeza
Salah satu sebab kenapa kursus bioinformatik ini mencabar ialah kerana pelajarnya perlu belajar subjek dari pelbagai bidang. Namun, pelajar dari kursus lain tidak perlu belajar subjek bioinformatik. Pastikan anda bersedia untuk belajar, biologi, kimia, programming dan sebagainya.
Untuk subjek programming bioinformatik, asasnya sama seperti programming yang pelajar IT belajar tetapi pelajar bionformatik akan menggunakannya untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan biologi. Contohnya, program untuk mengira jumlah A, T, G dan C dalam DNA sequence.
Semoga perkongsian di atas bermanfaat untuk anda. Saya pun pernah berada dalam situasi yang sama. Jadi, saya tahu mesti ramai yang nak dapatkan lebih banyak maklumat tentang bioinformatik sebab kursus ni tak sepopular kursus perubatan atau undang-undang.
Bagi yang ingin bertanya lebih lanjut tentang bioinformatik, boleh tinggalkan komen di bawah atau DM saya di Instagram @thewonderfuljannah. Saya akan terangkan berdasarkan apa yang saya tahu dan pernah lalui.
Semoga berjaya dan dipermudahkan segala urusan.
Bagi yang ingin bertanya lebih lanjut tentang bioinformatik, boleh tinggalkan komen di bawah atau DM saya di Instagram @thewonderfuljannah. Saya akan terangkan berdasarkan apa yang saya tahu dan pernah lalui.
Semoga berjaya dan dipermudahkan segala urusan.
Semoga dipermudahkan kepada semua yang bakal menyambung pelajaran dalam apa bidang sekali pun
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan mereka.
DeleteGood luck kepada pelajar yang kuat dan gigih berusaha
ReplyDelete😊
DeleteNew knowledge bagi saya pasal course bioinformatik ni. Nice sharing jannah. Moga moga dapat membantu orang ramai yang memerlukan maklumat pasal course ni.
ReplyDeleteThanks, Atiqah. Semoga bermanfaat.
DeleteSelamat menyambung pengajian
ReplyDeleteMenarik juga course bioinformatik ni ye
ReplyDeleteMenarik tapi sangat mencabar, Mamapp.
DeletePerkongsian yang bagus Jannah..
ReplyDeleteTerima kasih, Kak Sha. Semoga bermanfaat untuk semua.
Delete