Resepi Chicken Chop Homemade Yang Sedap

Hai semua. Semalam saya sudah kongsikan resepi masakan barat. Nampaknya hari ini pun temanya resepi masakan barat, iaitu resepi chicken chop homemade.

Ada dua hidangan sampingan untuk chicken chop ini. Saya hidangkan bersama coleslaw dan lyonnaise potato. Namun, dalam entri ini, saya akan kongsikan resepi untuk ayam dan sos sahaja. Entri resepi untuk hidangkan sampingan saya letakkan di akhir entri ini.

Tanpa melengahkan masa, jom kita mulakan.

Bahan-bahan untuk ayam
Ayam
Tepung gandum-secukupnya
Telur ayam-ikut kuantiti ayam
Serbuk roti (putih/oren)-secukupnya
Serbuk lada hitam-secukupnya
Garam-secukupnya
Minyak masak

Bahan-bahan untuk sos
1/2 sudu mentega-untuk menumis
100g campuran sos perang demi glace-dibancuh dengan 1 liter air
2 biji bawang merah-dihiris
Lada hitam-ditumbuk/dicincang
Tepung gandum-untuk pekatkan sos
Sedikit mentega-untuk kilatkan sos
Minyak masak

Cara memasak kentang
1. Masukkan tepung gandum, garam dan serbuk lada hitam ke dalam satu bekas. Gaul hingga sebati.

2. Pecahkan telur ke dalam bekas yang berlainan dan pukul telur.

3. Cuci tangan dengan bersih lalu salutkan ayam dengan campuran tepung.

4. Salutkan ayam dengan telur.

5. Salutkan ayam dengan serbuk roti.

6. Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan ayam.

7. Goreng ayam sehingga berwarna perang keemasan menggunakan kaedah deep frying

Cara memasak sos
1. Panaskan kuali dan masukkan mentega serta minyak masak.

2. Setelah mentega cair, masukkan bawang merah.

3. Masukkan lada hitam lalu kacau.

4. Setelah bawang layu, masukkan tepung gandum dan kacau.

5. Masukkan campuran sos perang demi glace. Biarkan sehingga mendidih.

6. Tutup api dan kisar sos.

7. Masukkan mentega (tak perlu kacau).

8. Hidangkan chicken chop yang sudah siap dimasak.

Chicken Chop Homemade

Untuk sos chicken chop tu, anda boleh masukkan lebih banyak tepung gandum jika anda ingin sosnya lebih pekat. 

Kalau makan semasa chicken chop tu masih panas, lebih sedap. Gandingan bersama coleslaw dan lyonnaise potato memang terbaik.

Boleh dikatakan banyak langkah-langkah untuk menyediakan chicken chop ni tapi berbaloi dengan hasilnya.

Jangan lupa cuba resepi ini. Jumpa lagi.

#Video resepi chicken chop sudah ada di YouTube The Wonderful Jannah.

Baca resepi yang lain:

Comments

  1. Wah menu ni buat sndri mmg puas hati kan..

    ReplyDelete
  2. sedapnya. puas makan kalau buat sendiri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kak. Sos pun boleh letak sebanyak mana yang kita suka.

      Delete
  3. JR boleh buat delivery ke Perlih dak? Cheq nak order 3 set chicken chop homemade JR. Nampak sangat sedap! 🤤😆

    ReplyDelete
  4. Subahanallah sentuhan masakan yang ikhlas...sedap nampak

    ReplyDelete
  5. Lagi puas hati kann boleh buat sendiri walaupun banyak step nak hasilkan. Tiba tiba lapar chicken chop pulakkk >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cari bahan-bahan untuk buat chicken chop nampaknya, Atiqah😂.

      Delete
  6. masak sendiri di rumah lagi best..boleh ikut citarasa sendiri dan yg penting boleh makan pakai tangan je hahahah

    ReplyDelete

Post a Comment