Review Novel Celaru Karya Zura Anwar

Hai semua. Rasanya dah lama tiada review novel di blog ni, kan. Jadi, hari ini saya akan membuat review novel Celaru karya Zura Anwar.

Novel ini saya beli secara langsung daripada penulis Zura Anwar. Saya pre-order pada bulan April dan novel sampai pada  bulan Mei. Untuk pengetahuan semua, Celaru merupakan novel terbaru dan merupakan novel kelima beliau.

Sebenarnya, lebih murah kalau beli secara langsung daripada penerbit. Namun, saya ambil keputusan untuk beli daripada penulis walaupun harus membayar mengikut harga di Sabah.

Memandangkan penulis Zura Anwar menetap di Sabah, kos pengeposan ialah RM 12 dan harga novel ialah RM 27. Walaupun lebih mahal, tetapi berbaloi kerana ada tandatangan, ucapan dan free gift daripada beliau.

Saya dapat free gift lip matte daripada Zhuco Cosmetics. Pertama kali saya dengar tentang jenama ni sebenarnya. Rupa-rupanya, Zhuco Cosmetics merupakan jenama dari Sabah dan diasaskan oleh penulis Zura Anwar.

Mari kita lihat gambarnya.

Celaru Karya Zura Anwar

Judul: Celaru
Penulis: Zura Anwar
Genre: Psiko thriller
Tahun terbitan: 2021
Penerbit: Dear Novels
Harga: RM 24/RM 27(SS)
Mukasurat: 279

Review:
Novel Celaru mengisahkan tentang seorang pelajar Universiti Clareford East yang bernama Bella. Dia dipulaukan oleh kebanyakan pelajar. Antaranya ialah Tiya, Shana, Abby Sam dan Isaac. 

Setelah rakan sebilik Bella, iaitu Laila pindah masuk ke Queen Dormitory, banyak kejadian misteri dan kematian mengejutkan. Tiya dan rakan-rakannya antara yang menjadi mangsa. 

Boleh dikatakan ada rahsia yang disimpan oleh Laila. Bella pun merasakan yang banyak misteri tentang Laila ni. Walaupun mereka belajar di universiti yang sama, tetapi mereka tidak pernah bertemu. Malah, tiada seorang pun di Queen Dormitory pernah berjumpa dengan Laila kecuali Bella.

Agak menakutkan kalau dapat rakan sebilik macam Laila ni terutamanya apabila Laila sudah mula berbohong kepada Bella. Ada juga babak diari Bella seoalah-olah telah dibaca oleh seseorang.

Nasib baik ada juga watak baik dalam novel ni, iaitu Adam. Adam merupakan bekas kekasih Tiya dan dia tidak memulaukan Bella seperti orang lain.

Dari awal pembacaan, saya rasakan bahawa mesti Laila ada kaitan dengan kematian yang berlaku tapi tak tahu macam mana dia terlibat. Tekaan saya betul tapi ada plot twist seperti yang telah dijangka.

Saya ingatkan misteri sudah terlerai selepas plot twist itu. Rupa-rupanya tidak. Ada plot twist lagi. Banyak kali saya baca beberapa muka surat terakhir untuk fahamkan apa yang terjadi😂.

Pengajaran:
- Melayan semua orang dengan baik. Pelajar Universiti Clareford East seharusnya melayan Bella dengan baik. Hal ini kerana, layanan buruk kita terhadap orang lain mungkin memudaratkan diri nanti.
- Tidak mudah berputus asa. Walaupun banyak cabaran yang harus ditempuhi oleh Bella, dia tidak berputus asa dan masih meneruskan pengajiannya.
- Prihatin terhadap orang lain. Adam prihatin terhadap Bella terutamanya apabila semakin banyak kes pembunuhan yang berlaku. Dia cuba mencari Bella apabila Bella tidak dapat dihubungi.

Secara keseluruhannya saya ingin beri 9.8/10 bintang kepada novel ini. Peminat novel thriler memang patut baca novel Celaru ini. Selain itu, ternampak penambaikan dari segi jalan cerita berbanding karya lain penulis Zura Anwar.

Comments

Post a Comment