Resepi Terung Goreng Berlada Versi TWJ

Hai semua. Untuk entri hari ini, saya akan kongsikan resepi terung goreng berlada versi TWJ.

Kalau anda cari di YouTube dan Google, ada macam-macam versi terung goreng berlada. Selalunya saya akan goreng terung terlebih dahulu menggunakan minyak. Namun, kali ini adik saya nak cuba bakar terung tersebut menggunakan air fryer terlebih dahulu.

Tanpa melengahkan masa, mari kita lihat resepinya.

Bahan-bahan
Terung-dihiris
Serbuk kunyit-secukupnya
Garam-secukupnya
1/2 biji bawang besar-dihiris
1 sudu bawang kisar (bawang merah, bawang putih & bawang besar)
3 sudu lada kering kisar
Air asam jawa-secukupnya
Stok ayam-secukupnya
Sedikit air
Minyak masak

Cara-cara memasak
1. Masukkan terung ke dalam satu mangkuk. 

2. Masukkan serbuk kunyit dan garam ke dalam mangkuk berisi terung. Gaul hingga sebati.

3. Bakar terung di dalam air fryer pada suhu 145 °C selama 20 minit.

4. Setelah terung siap dibakar, panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar.

5. Apabila bawang besar sudah layu, masukkan bawang kisar dan lada kering kisar. Tumis sehingga garing.

6. Masukkan air asam jawa dan biarkan seketika.

7. Masukkan stok ayam dan kacau hingga sebati.

8. Masukkan terung lalu kacau.

9. Masukkan sedikit air untuk memudahkan tekstur terung menjadi lebih lembut.

10. Hidangkan terung goreng berlada yang sudah siap dimasak.

Terung Goreng Berlada Versi TWJ

Nampak sedap pula apabila tengok gambar terung goreng berlada tu. Nasib baik percubaan menggunakan air fryer berjaya.

Selamat mencuba.

Comments

  1. One of my fav ni. Wah leh masuk dlm air fryer terung ye, good tips...tq for sharing... leh try ni.
    Salam Maulidur Rasul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maulidur Rasul. Jangan lupa cuba resepi ni nanti.

      Delete
  2. Terung one of my favourite..

    ReplyDelete
  3. Dah lama akak x buat terung goreng berlada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah masak terung goreng berlada nanti, kak.

      Delete

Post a Comment