Hai semua. Rasanya dah hampir seminggu saya menyepi dari dunia blogging. Akibat kekangan masa, blog pun terabai selama seminggu. Jadi, hari ini TWJ kembali dengan resepi masakan kampung, iaitu budu.
Menu ni dah selalu saya masak tapi macam biasalah baru sekarang sempat kongsikan di blog. Cara memasaknya mudah sahaja dan tak perlukan banyak bahan pun.
Tanpa melengahkan masa, jom kita lihat resepinya.
Bahan-bahan
1 biji bawang merah-dihiris
5 ulas bawang putih-dihiris
3 biji cili padi-dihiris
Cara memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan hirisan bawang merah, bawang putih dan cili padi.
2. Apabila bahan tumisan sudah garing, masukkan budu lalu kacau.
3. Masukkan air sehingga mencapai tahap kemasinan yang diingini.
4. Masukkan asam keping. Kacau seketika dan biarkan sehingga mendidih.
5. Masukkan daun kunyit dan daun kaduk. Kacau hingga sebati.
6. Setelah daun kunyit dan daun kaduk layu, tutup api.
7. Hidangkan budu yang sudah siap dimasak.
Budu Versi TWJ |
Budu kalau masak macam ni memang sedap jika digandingkan dengan ikan goreng dan nasi putih. Saya suka letakkan banyak daun kaduk dan daun kunyit sebab saya suka rasanya.
Selamat memasak.
kalau tiada ulam saya memang tak makan budu
ReplyDeleteKalau ada ulam, lebih sedap kan makan budu.
DeleteDapat bayangkan sedapnyanbila dimakanndgn nasi panas
ReplyDeleteMemang sedap kan, Mamapp.
Deletesaya makan yang ada pada nasi kerabu je.. hehehe
ReplyDeleteOoh. Saya makan budu dalam nasi kerabu dan suka juga budu masak macam ni.
Delete