Hai semua. Untuk entri kali ini, saya ingin kongsikan resepi sambal tomato menggunakan tomato ceri.
Saya lebih suka tomato ceri berbanding tomato biasa tu kerana rasanya yang lebih manis. Saya ada beberapa versi sambal tomato sebenarnya😂. Tapi kita akan fokus pada satu versi sahaja dalam entri ini.Tanpa melengahkan masa, jom kita lihat resepinya.
Bahan-bahan
Tomato ceri-dipotong dua
1 sudu bawang kisar (bawang merah, bawang putih & bawang besar)
3 sudu lada kering kisar
3 sudu ikan bilis tumbuk
Air-secukupnya
Belacan-secukupnya (tak wajib)
Minyak masak-untuk menumis
Cara memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang kisar, ikan bilis tumbuk, lada kering kisar dan belacan.
2. Setelah bahan tumis sudah garing, masukkan tomato ceri dan kacau seketika
3. Masukkan sedikit air dan biarkan sehingga mendidih.
4. Hidangkan sambal tomato yang sudah siap dimasak.
Jumpa lagi😊.
Baca resepi yang lain:
Resepi Sambal Telur Mata Kerbau
Resepi Sambal Tauhu dan Kentang
Resepi Sambal Nanas
3 sudu lada kering kisar
3 sudu ikan bilis tumbuk
Air-secukupnya
Belacan-secukupnya (tak wajib)
Minyak masak-untuk menumis
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang kisar, ikan bilis tumbuk, lada kering kisar dan belacan.
2. Setelah bahan tumis sudah garing, masukkan tomato ceri dan kacau seketika
3. Masukkan sedikit air dan biarkan sehingga mendidih.
4. Hidangkan sambal tomato yang sudah siap dimasak.
Sambal Tomato Versi TWJ |
Boleh dikatakan sambal tomato ni mudah sahaja untuk membuatnya. Bahan-bahan yang diperlukan sangat mudah untuk didapatkan.
Macam mana pula sambal tomato versi anda? Jangan lupa kongsikan di ruangan komen.
Jumpa lagi😊.
Baca resepi yang lain:
Resepi Sambal Telur Mata Kerbau
Resepi Sambal Tauhu dan Kentang
Resepi Sambal Nanas
selalu beli tomato ceri ni buat makan saja, nampak sedap juga masak macam ni :)
ReplyDeleteKadang-kadang saya makan macam tu je dengan nasi. Kalau rajin sikit, baru buat sambal.
DeleteAkak kalau tomato ceri biasanya buat ulam atau makan buat macam kacang sambil tgok tv..hahahaa...okey boleh cuba la nanti ni
ReplyDeleteBuat ulam pun sedap juga😁.
DeleteSpecial menu..pedas ..
ReplyDeleteSesuai untuk yang suka makan pedas, Etuza.
Deleteslurp! telan air liur memalam blogwalking ke mari. Aiguu~ sedapnyaaa. aien sampai sekrang tak lulus ISO suami utk masak sambal ni. Haha
ReplyDeleteTak pe. Boleh cuba lagi, kak.
DeleteSaya biasa makan je, tapi macam okey jugak buat sambal ni.
ReplyDeleteBoleh cuba buat sambal pula lepas ni, Atiqah😁.
DeleteWow sedap ni. Pekat Dan menyelerakan
ReplyDeleteBoleh cuba nanti, Mamapp :)
DeleteNampak sedap ni . Sekali sekala pelbagaikan menu masakkan yg ada tak ada la bosan sangat
ReplyDeleteBetul tu. Sekali-sekala tukar selera.
Delete