Resepi Pegaga Goreng Ikan Bilis

Hai semua. Dalam entri kali ini, saya ingin kongsikan resepi pegaga goreng ikan bilis.

Ada pelbagai jenis pegaga sebenarnya. Pegaga yang saya gunakan dalam masakan ini ialah jenis yang daunnya lebih lebar. Tak pasti pula ada nama yang spesifik ataupun tak. 

Untuk memudahkan pegaga tersebut dimakan, boleh potong pegaga terlebih dahulu sebelum digoreng. 

Jom kita lihat resepinya.

Bahan-bahan
Pegaga
3 ulas bawang putih-dihiris
2 sudu ikan bilis tumbuk
Minyak masak

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bawang putih.

2. Masukkan ikan bilis.

3. Setelah bahan tumisan garing, masukkan pegaga lalu kacau.

4. Apabila pegaga sudah layu, tutup api.

5. Hidangkan pegaga yang sudah siap dimasak.

Pegaga Goreng Ikan Bilis

Selalunya orang jadikan pegaga sebagai ulam. Tapi sedap juga kalau digoreng dengan ikan bilis macam tu. 

Sangat sesuai kalau dimakan dengan nasi putih. Cara memasak pun mudah sahaja dan tak perlukan banyak bahan.

Jangan lupa cuba resepi ini nanti. Kalau sesiapa ada resepi yang menarik untuk pegaga, dipersilakan untuk berkongsi di ruangan komen. Jumpa lagi.

Comments

  1. Orait cun! Nanti cheq nak masak pegaga yang ada banyak kat depan rumah ni ikut resipi JR sajalah. Nampak sedap ๐Ÿ˜‹๐Ÿค“

    ReplyDelete
  2. Akak pun suka sangat ulam pegaga...masak macam ni tapi add on cili api...hehehe..xde cili x jalan...

    ReplyDelete
  3. sedap ni..selalu kak shida buat dgn bayam brazil xpun dgn kcg botol :)
    tq sharing :)

    ReplyDelete
  4. Menarik.. selalu makan dengan sambal belacan je..

    ReplyDelete

Post a Comment