Review KFC Ayam Pedas Nyonya

Hai semua. Mungkin ada yang perasan KFC baru sahaja melancarkan menu baru. Jadi, saya akan review menu tersebut, iaitu KFC Ayam Pedas Nyonya. 

Dah beberapa hari ternampak iklan ayam tu tapi disebabkan terlalu sibuk, tak sempat ke KFC. Kebetulan saya lalu di hadapan KFC, terus singgah untuk beli KFC Ayam Pedas Nyonya.

Selalunya saya akan baca review dahulu sebelum beli apa-apa menu baru KFC. Namun, kali ni terus beli je memandangkan pembelian berlaku tanpa dirancang😂.

Saya beli set tiga ketul ayam dengan harga RM 19.99. Terdapat juga set nasi bersama dua ketul ayam (RM 15.99) dan box meal yang disertakan dengan zinger burger dan fries (RM 20.49).

Untuk pengetahuan anda, antara bahan yang digunakan dalam KFC Ayam Pedas Nyonya ini ialah bunga kantan, serai, bawang merah dan limau purut. 

Jom kita lihat rupanya.

KFC Ayam Pedas Nyonya

Sebenarnya, set tiga ketul ayam ini ada coleslaw. Tetapi KFC gantikan dengan wedges kerana coleslaw habis. Memang kekenyangan sebab ada dua jenis kentang. Kalau ada coleslaw, mesti lagi sedap.

Saiz ayam boleh dikatakan agak besar ayam memang disaluti dengan rempah sepenuhnya. Bau pun sedap dan menyelerakan.

Dari segi rasa, terdapat rasa masam, pedas dan manis. Saya suka rasanya yang ala-ala Thai. Kalau tak silap, macam pernah rasa perisa sebegini dalam menu yang pernah dikeluarkan sebelum ni. Tapi tak ingat dah menu apa.

Berdasarkan penilaian saya, berikut adalah pembahagian markah:

KFC Ayam Pedas Nyonya:
Rasa- 4.5
Rupa-4.7
Kuantiti-4.5
Harga-4.0
Jumlah: 4.4 daripada 5 bintang

Kesimpulannya, KFC Ayam Pedas Nyonya ni kena dengan selera saya. Bagi yang sukakan perisa ala Thai, anda mungkin akan suka dengan menu terbaru KFC ini. 

*Review ini hanyalah pendapat saya berdasarkan penilaian yang saya buat. Kualiti makanan mungkin berbeza di cawangan KFC yang berbeza. Kalau anda ada pendapat sendiri, boleh kongsi di ruangan komen (gunakan perkataan yang positif). 

Comments

  1. Belum berkesempatan lagi untuk merasa. In Shaa Allah, nanti akak try.

    Nice sharing. 👍

    ReplyDelete
  2. eh baru ja tengok iklan dekat tv hehe. nak try lah nanti!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang lepas nampak iklan KFC, rasa nak cuba pula kan.

      Delete
  3. Yup.. Rasanya sedap.. sha pun suka cuma tak berkesempatan nak beli lagi.. hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment