Hai semua. Setelah sekian lama, saya kembali dengan review novel terbaru Syamnuriezmil, iaitu Mr. Groom.
Saya order novel ini pada hujung bulan Disember dan novel diterima pada pertengahan bulan Januari. Sabar menunggu sebab rasa macam dah lama tak baca karya Syamnuriezmil.Sebenarnya saya tertarik dengan Mr. Groom ini setelah membaca teaser. Saya rasakan yang novel kali ini agak berbeza. Apabila dah baca, memang betul pun. Tak sabar nak tahu semua rahsia yang tersimpan.
Tanpa melengahkan masa, jom kita baca review bagi mini novel ini.
Judul: Mr. Groom
Mr. Groom Karya Syamnuriezmil |
Judul: Mr. Groom
Penulis: Syamnuriezmil
Genre: Cinta
Tahun terbitan: 2021
Penerbit: The Chapter Bookstore
Harga: RM 32
Mukasurat: 636
Review:
Semuanya bermula apabila Ozan Faleeq membantu Aaisyah dengan menghantarnya ke hospital bagi melahirkan anak. Disebabkan video Ozan mengazankan anak Aaisyah, Aayan tular di Malaysia, mereka berdua bersetuju untuk berkahwin.
Terdapat dua sebab mengapa mereka berkahwin. Pertama, kerana Ozan tidak ingin berkahwin dengan wanita pilihan ibunya, iaitu Elena apabila dia pulang ke Malaysia nanti. Kedua, Aaisyah tidak ingin orang lain tahu bahawa Aayan merupakan anak tidak sah taraf gara-gara perbuatan khianat seseorang. Kiranya win-win situationlah.
Secara keseluruhannya saya ingin beri 9.8/10 bintang kepada mini novel ini. Banyak ilmu baru tentang Korea yang kita dapat apabila kita baca novel ni. Walaupun Syamnuriezmil bukan menetap di Korea, tetapi saya kagum dengan usaha beliau dalam menghasilkan novel ini. Siap ada dialog versi Korea dan juga gambaran tentang kehidupan orang Korea seperti dari segi makanan.
Review:
Mini novel kali ini agak berbeza dengan karya Syamnuriezmil yang lain. Walaupun sudah beberapa tahun Korea menjadi trend, baru sekarang beliau menulis novel dengan elemen Korea. Namun begitu, watak-wataknya tetap orang Malaysia cuma mereka menetap di negara Korea Selatan.
Semuanya bermula apabila Ozan Faleeq membantu Aaisyah dengan menghantarnya ke hospital bagi melahirkan anak. Disebabkan video Ozan mengazankan anak Aaisyah, Aayan tular di Malaysia, mereka berdua bersetuju untuk berkahwin.
Terdapat dua sebab mengapa mereka berkahwin. Pertama, kerana Ozan tidak ingin berkahwin dengan wanita pilihan ibunya, iaitu Elena apabila dia pulang ke Malaysia nanti. Kedua, Aaisyah tidak ingin orang lain tahu bahawa Aayan merupakan anak tidak sah taraf gara-gara perbuatan khianat seseorang. Kiranya win-win situationlah.
Seperti biasa, mesti ada watak rakan baik yang akan sentiasa menyokong watak utama, iaitu Hakim dan Hana. Bukan senang nak jumpa sahabat sejati seperti mereka berdua ni. Mereka berdua memainkan peranan yang penting dalam novel ni.
Paling menakutkan dan misteri ialah Datuk Fateen, mama kepada Ozan. Boleh dikatakan semua benda ingin diatur olehnya termasuk pemilihan isteri untuk Ozan. Makin lama baca novel ni, saya dapat rasakan ada rahsia yang disembunyikan oleh Datuk Fateen.
Antara babak yang menarik adalah babak di lapangan terbang di mana Ozan bergambar dengan Hyun Bin ketika Aaisyah pergi ke tandas. Memang Aaisyah sangat kecewa dan merajuk sebab tak dapat bergambar dengan artis kesayangan.
Dengan adanya dialog dalam bahasa Korea membuatkan aura Korea lebih terasa. Kalau dah bertahun-tahun tinggal di Korea, mestilah watak utama boleh berbahasa Korea kan. Lagipun di Korea penggunaan bahasa Inggeris tidaklah meluas seperti di Malaysia.
Selain itu, boleh dikatakan novel ini agak complicated berbanding mini novel yang lain. Banyak rahsia yang terungkai di akhir novel. Ada plot twist yang diberikan oleh penulis.
Identiti bapa Aayan, Aaisyah dan Datuk Fateen semuanya dibongkar di penghujung novel. Walaupun kadang-kadang kebenaran itu menyakitkan, kita harus menerima ketentuan takdir. Perkara yang telah berlaku tidak dapat diubah lagi tetapi kita boleh mencari jalan untuk mengelakkan perkara yang lebih buruk terjadi.
Pengajaran:
- Membuat penilaian dengan berhati-hati. Aaisyah dan Datuk Fateen sepatutnya mendenagar cerita daripada semua pihak sebelum menyalahkan seseorang di atas kejadian buruk yang menimpa mereka.
- Jangan mudah percaya seseorang. Ozan tidak seharusnya mudah berjaya dengan orang lain walaupun dengan orang yang dikenali kerana kita tidak tahu niat sebenar mereka.
- Bantu sahabat yang dilanda masalah. Hakim dan Hana memainkan peranan yang penting dalam mengeratkan hubungan Ozan dan Aaisyah setelah mereka diuji dengan pelbagai masalah.
Secara keseluruhannya saya ingin beri 9.8/10 bintang kepada mini novel ini. Banyak ilmu baru tentang Korea yang kita dapat apabila kita baca novel ni. Walaupun Syamnuriezmil bukan menetap di Korea, tetapi saya kagum dengan usaha beliau dalam menghasilkan novel ini. Siap ada dialog versi Korea dan juga gambaran tentang kehidupan orang Korea seperti dari segi makanan.
Alamak...jalan citer menarik la...aduhai...x kan nak beli lagi ni..hahahaha....confirm terjebak sat lagi ni
ReplyDeleteMemang menarik, Kak SA. Nampaknya kena cari novel ni.
DeleteLain Dari lain jalan ceritany
ReplyDeleteYa, Kak Adda.
DeleteWow.. mini novel pun 600 lebih ye mukasurat dia.. memang terbaiklah penulis dalam menyampaikan cerita..
ReplyDeleteJarang jumpa mini novel yang tebal macam novel ni, kan.
Delete