Pengalaman Makan di MyViets, Kuantan

Hai semua. Akhirnya saya berjaya siapkan satu entri baru untuk blog The Wonderful Jannah. Hari ini, saya ingin kongsikan pengalaman saya makan di MyViets cawangan Kuantan.

Restoran ini terletak berhampiran dengan pusat membeli-belah Kuantan City Mall. MyViets terletak sebaris dengan Family Mart dan bersebelahan dengan bank. Kedainya tidaklah terlalu besar tapi cukup selesa dan suasana juga tenang. 

Dah lama saya ingin cuba makan di sana tapi asyik tertangguh saja. Sebelum ini saya pernah bungkus makanannya sekali. Tapi kalau makan di restoran mesti lagi best

Mari kita lihat apa yang saya dan keluarga pesan di MyViets.

Pho Bo Brisket

Terdapat tiga jenis pilihan daging untuk Pho Bo. Anda boleh pilih antara brisket, tenderloin atau shank. Kalau nak add on pun boleh. Harga untuk Pho Bo Brisket ialah RM 18.90 manakala untuk Pho Bo Tenderloin ialah RM 16.90.

Pho Bo Tenderloin

Bagi saya, supnya sedap. Memang sedap kalau dimakan panas-panas. Hidangan Pho Bo didatangkan sekali dengan sos dan limau. Kuantiti daging tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. 


Rice with Crispy Mango Chicken

Untuk hidangkan nasi pula, kuantitinya banyak. Hidangan nasi didatangkan dengan telur mata, salad dan keropok. Kedua-dua Crispy Mango Chicken dan Fried Butter Chicken memang sedap. Ayamnya rangup dan banyak. Sangat berbaloi dengan harga. Lagi sedap kalau makan di restoran berbanding bungkus. 

Rice with Fried Butter Chicken

Harga untuk Rice with Crispy Mango Chicken dan Rice with Butter Fried Chicken ialah RM 19.80. Boleh dikatakan harga standard kalau anda ke kafe atau restoran di pusat membeli-belah.

Dari segi perkhidmatan, staf sangat efisien dan makanan sampai sangat cepat. Pho Bo dihidangkan lebih kurang 10 minit selepas pesanan dibuat. Hidangan nasi pula sampai lebih kurang selepas 20 minit menunggu. 


Secara keseluruhannya memang berpuas hati dengan makanan dan perkhidmatan di MyViets. Nanti akan ke sana lagi untuk mencuba makanan lain pula.

Sekian sahaja untuk entri lagi. Jumpa lagi😊.

Makanan Lain di Kuantan:





Comments