Hai semua. Hari ini saya ingin kongsikan resepi wrap dengan cucumber salad. Sebenarnya, saya ternampak ramai yang kongsikan resepi cucmber salad.
Memandangkan saya sedang cuba untuk makan makanan yang lebih sihat tahun ni, saya pun cubalah untuk buat versi TWJ.
Untuk resepi ini, saya gunakan Wholemeal Roll-up wrap dari Gardenia. Kalau anda nak gunakan jenama lain pun tiada masalah. Saya beli jenama Gardenia sebab ada 5 keping wrap saja dalam satu bungkusan, jadi sempatlah habiskan sebelum tamat tempoh.
Mari kita lihat resepinya.
Bahan-bahanWholemeal wrap
Thyme-secukupnya
Oregano-secukupnya
Serbuk bawang putih-secukupnya
Serbuk lada putih-secukupnya
Serbuk lada putih-secukupnya
Garam-secukupnya
Keju parmesan-secukupnya
Jagung sejuk beku-dikukus
Timun jepun-dihiris menggunakan pisau atau mandoline
Bawang besar-dihiris
Yogurt original-secukupnya
Ayam gril-tak wajib
Cara memasak
1. Masukkan thyme, oregano serbuk lada putih, serbuk bawang putih, garam, timun jepun dan bawang besar ke dalam satu mangkuk. Gaul hingga sebati dan simpan selama 15-30 minit dalam peti sejuk.
2. Panaskan wrap menggunakan kuali.
3. Angkat wrap dan letakkan dalam sebuah pinggan yang agak besar untuk memudahkan proses menggulung wrap.
5. Taburkan keju parmesan.
6. Gulung wrap dan panaskan seketika di dalam kuali.
![]() |
Cucumber Salad |
![]() |
Wrap dengan cucumber salad |
![]() |
Hidangkan wrap dengan ayam gril |
Sebenarnya, kalau anda tak tambahkan protein seperti ayam atau telur pun boleh. Kalau untuk sarapan, saya selalunya sediakan wrap yang ringkas sahaja. Kalau untuk lunch, saya tambahkan lebih banyak bahan.
Bagi yang risau anda tak suka penggunaan yogurt asli, boleh gantikan dengan mayones. Cuma jadi kurang sihat sikit😂.
Selamat mencuba. Jangan lupa kongsikan bagaimana resepi wrap versi anda di ruangan komen.
Saya sedang cuba untuk kembali aktif di blog dan Youtube The Wonderful Jannah seperti dulu. Terima kasih kepada yang masih setia mengunjungi blog dan Youtube TWJ😊.
Baca resepi yang lain:
Comments
Post a Comment