Resepi Kubis Ungu Goreng bersama Bawang Putih

Hai, semua.
Hari ini saya ingin berkongsi satu lagi resepi iaitu kubis ungu goreng bersama bawang putih. Saya tak pasti sama ada anda perasan atau pun tidak yang saya selalu menggunakan kubis ungu berbanding kubis putih. Kebanyakan resepi yang saya kongsi juga menggunakan kubis ungu. Saya pun tidak tahu kenapa saya begitu menggemari kubis ungu sekarang ni.

Hidangan hari ini tidak akan mengambil masa yang lama untuk disediakan kerana tidak banyak penyediaan yang harus dilakukan. Bagi yang suka makan bawang putih, entri ini memang ditujukan khas buat anda sebab bawang putih merupakan bahan utama selain daripada kubis ungu. Mari kita lihat bagaimana hendak menyediakan hidangan ini.

Bahan-bahan
4 helai kubis ungu-dihiris
5 ulas bawang putih-2 ulas dicincang dan 3 ulas dihiris
Garam-secukupnya
Minyak masak-untuk menumis

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih yang telah dicincang.

2. Setelah bawang putih tersebut garing, angkat dan masukkan ke dalam satu mangkuk.

3. Dengan menggunakan minyak yang sama, masukkan bawang putih yang telah dihiris. Goreng sehingga garing.

4. Masukkan kubis ungu dan kacau lalu biarkan seketika.

5. Masukkan garam dan kacau rata. Angkat kubis ungu yang telah digoreng.

6. Taburkan bawang putih cincang yang telah digoreng terlebih dahulu.

Kubis Ungu Goreng bersama Bawang Putih

Selamat mencuba.

*Untuk resepi hari ini, saya tidak pernah cuba menggunakan kubis putih. Kalau anda pernah cuba, boleh kongsikan di ruang komen. 

Baca resepi yang lain:

Comments

  1. Ha a.. baru nak tanya kenapa Jannah guna yang Ungu.. Sebab selalu orang masak guna yang putih.. yang ungu nie selalunya buat salad.. Rasa dia memang sedap eh Jannah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya, memang sedap kubis ungu ni. Lagipun kubis putih orang dah selalu guna. Kadang-kadang bosan juga asyik makan sayur yang sama. Warna dia pun lebih menyerlah.

      Delete

Post a Comment