REVIEW BLOG: Kasihku Amani Imani, first commentator

Hai, semua😊
Seperti yang tertera dalam tajuk entri ini, saya akan membuat review tentang blog Kak Sha Mohamed iaitu Kasihku Amani Imani. Entri ini adalah sebagai penghargaan buat beliau kerana sudi mengunjungi blog The Wonderful Jannah dan juga menjadi orang pertama yang meninggalkan komen. Terdapat lima komen yang ditinggalkan oleh beliau lalu menjadikan beliau sebagai top commentator di blog ini untuk  bulan November yang melabuhkan tirainya pada 30 November yang lalu. Berikut merupakan entri yang dikomen oleh beliau.

-MOTIVATION: Should you change to please others?
-Review KFC Value Bowls: Loaded Go Bowl dan Original Go Bowl
-Resepi Ayam Goreng Korea
-Resepi Cendawan Tiram Goreng
-Review Set Nasi McD

Penulis Blog:
Kak Sha ini merupakan seorang blogger yang rajin untuk update  entri. Setiap kali saya berkunjung ke blog beliau pasti terdapat entri yang baru. Beliau juga sering publish  lebih dari satu entri sehari. Saya tidak tahu bagaimana beliau membahagikan masa untuk menulis sebegitu banyak entri sedangkan saya hendak menulis satu entri sehari secara konsisten juga susah😂. Beliau juga seorang yang menghargai pengunjung-pengunjung di blognya dengan membalas komen atau membuat kunjungan balas. Saya merasakan bahawa beliau seorang yang sangat friendly.

Review Blog:
Blog Kasihku Amani Imani banyak berkongsi tentang buku terutamanya novel. Kebanyakan buku yang dibeli oleh Kak Sha  adalah yang jarang dapat kita lihat di kedai buku kerana beliau suka membeli buku online. Review yang dilakukan oleh beliau membuat anda ingin membeli novel tersebut. Walaupun review novel beliau tidak terlalu panjang tetapi sudah mampu untuk menarik minat anda untuk membaca novel tersebut. Selain itu, beliau juga kerap berkongsi tentang drama yang beliau tonton, Amani dan Imani. Dari segi masa untuk loading blog, blog Kak Sha tidak begitu mengambil masa yang lama.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kak Sha kerana menjadi orang pertama yang meninggalkan komen di blog ini. Terima kasih atas kunjungan dan semoga kita dapat terus menyokong antara satu sama lain. Teruskan menulis dan selamat maju jaya.


Sumber: Blog Kasihku Amani Imani


*Sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut tentang blog Kak Sha, bolehlah berkunjung ke blog beliau (klik sini untuk baca)

Comments

  1. Algamdulillah.. terharu atas review yang diberikan.. Terima kasih Jannah.. Semoga Jannah juga terus berblog..

    ReplyDelete
  2. selalu jugak singgah blog kaksha, one of my fav blog hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah. Terutama sekali bila Kak Sha post tentang novel.

      Delete

Post a Comment