Review Novel Seribu Rindu Karya Hani Fazuha

Hai, semua.
Kita bertemu lagi di tahun 2019 ini untuk review novel yang pertama. Kebiasaanya saya membuat review tentang novel karya Syamnuriezmil tetapi hari ini saya ingin membuat review novel Seribu Rindu karya Hani Fazuha. Review ini ditujukan khas untuk penonton setia slot Akasia di TV3 yang meminati drama Seribu Rindu lakonan Zul Ariffin dan Azira Shafinaz.

Biasanya drama diadaptasi daripada novel tetapi terbalik pula bagi novel ini. Novel Seribu Rindu sebenarnya diadaptasi daripada drama Seribu Rindu. Novel ini saya beli di kedai buku dan bukannya secara terus dengan penulis novelnya. Jadi, tiadalah signature atau free gift  seperti novel-novel sebelum ini. Memandangkan saya tidak menonton drama Seribu Rindu, maka saya tidak dapat membandingkan novel ini dengan drama tersebut. Namun, anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen tentang drama tersebut.

Seribu Rindu karya Hani Fazuha


 Pembelian novel ini bukanlah dirancang. Secara kebetulan saya ternampak novel ini di kedai buku dan tertarik dengan sinopsisnya. Disebabkan drama Seribu Rindu juga popular, jadi saya mengambil keputusan untuk membelinya. Jom kita baca review untuk novel ini.

Judul: Seribu Rindu
Penulis: Hani Fazuha
Genre: Cinta
Tahun terbitan: 2018
Penerbit: Karya Seni
Harga: RM 28
Mukasurat: 426

Review:
Seribu Rindu memaparkan kehidupan dua kawan baik, iaitu Irfan dan Maisarah yang berkahwin setelah hubungan Maisarah dan kekasihnya, Airel tidak direstui oleh keluarga Airel. Irfan yang sudah lama mencintai Maisarah terus melamarnya apabila mengetahui bahawa Maisarah tidak jadi berkahwin dengan Airel. Perkahwinan mereka tidak mengalami masalah pada awalnya. Tetapi semakin hari, semakin banyak ujian yang datang sehingga mereka hampir berputus asa.

Airel adalah watak yang sangat annoying. Memang geram sangat apabila dia secara berterusan cuba menagih kembali cinta Maisarah. Saya paling tidak suka jika ada watak orang ketiga seperti ini. Walaupun sudah berkahwin dengan pilihan keluarga, Airel masih terkejar-kejar isteri orang  sehingga sanggup menceraikan isterinya. Namun, akhirnya dia berubah apabila isterinya, Damia melahirkan anak mereka.

Aisyah juga merupakan orang ketiga yang hampir meruntuhkan rumah tangga Irfan dan Maisarah. Perkara yang tidak best adalah apabila Irfan melayan Aisyah ketika hubungannya dan Maisarah agak renggang. Perbuatannya seolah-olah memberi harapan kepada Aisyah walaupun ibunya, Fatimah sudah menasihatinya.

Di dalam novel ini kita dapat melihat bahawa Irfan lah cinta sejati Maisarah dan bukanlah Airel. Hal ini kerana, Irfan mencuba sedaya upaya untuk memulihkan hubungan Maisarah dan bapanya manakala Airel tidak pernah sekalipun mengajak Maisarah untuk berjumpa bapanya yang berada di penjara. Selain itu, Maisarah merasakan bahawa dia dapat menjadi diri sendiri dan tidak perlu "control ayu" apabila bersama Irfan.

Pengajaran:
- Reda dengan ketentuan Tuhan. Setelah usaha Airel untuk mendapatkan Maisarah kembali gagal, dia reda bahawa Maisarah bukanlah jodohnya.
- Kesetiaan seorang isteri. Maisarah masih kekal bersama Irfan setelah Irfan disahkan lumpuh akibat kemalangan. Dia juga berusaha mencari rawatan terbaik untuk menyembuhkan Irfan. 
-Kepercayaan sangat penting dalam rumah tangga. Rumah tangga Irfan dan Maisarah goyah kerana kurang kepercayaan dan masing-masing suka membuat andaian tanpa mendengar sebarang penjelasan.

Secara keseluruhannya saya memberi 8.8/10 bintang kepada novel ini. Bagi saya jalan ceritanya menarik cuma saya tidak berapa suka apabila sampai ke babak yang melibatkan orang ketiga.

Baca review novel yang lain:
-Yang Lebih Sempurna karya Umie Liza
-Kembali Mencintai karya Syamnuriezmil

Comments

  1. Oh dari cerita ke novel ya. Terbalik pula yang ni. Tak tengok pun cerita tu. Haha

    ReplyDelete
  2. tak minat drama dia.. baca review Jannah, macam menarik novel ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak pernah tengok dramanya sebelum beli novel ni.

      Delete
  3. Replies
    1. Memang best. Cuma tak sangka daripada drama ke novel. Mula-mula saya ingatkan novel diadaptasi ke drama.

      Delete

Post a Comment