Resepi Tempe Goreng

Baru-baru ini, saya pergi membeli barang-barang dapur. Secara kebetulan, saya ternampak ada tempe yang dijual di pasar raya tersebut. Saya memang tidak merancang untuk membeli tempe tapi memandangkan sudah lama tidak makan tempe, saya pun membelinya dan bercadang untuk memasak tempe goreng.

Kebiasaannya orang masak sambal tempe bersama ikan bilis. Tapi seperti biasa, saya jarang masak resepi yang biasa orang lain masak😂. Apabila memikirkan stok tempoyak yang banyak di rumah, saya mengambil keputusan untuk goreng sahaja tempe tersebut. Tempe memang sedap dimakan begitu sahaja jika digoreng garing. Saya tak tahulah anda rasakan ini perkara yang pelik atau tidak. Saya makan tempe goreng tersebut dengan sambal tempoyak.

Resepi tempe ini memang sangat ringkas dan mudah disediakan. Anda tidak memerlukan kemahiran memasak yang begitu tinggi. Marilah kita lihat resepinya.

Bahan-bahan
1 paket tempe-dihiris nipis-nipis
2 ulas bawang putih-dihiris nipis
1 biji bawang besar-dipotong
Minyak masak-untuk menumis

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan tempe dan goreng sehingga keperangan lalu angkat dan letakkan dalam satu pinggan.

2. Masukkan bawang putih dan goreng sehingga garing.

3. Masukkan tempe yang telah digoreng tadi lalu kacau.

4. Masukkan bawang besar dan kacau.

5. Hidangkan tempe yang sudah siap digoreng.

Tempe Goreng

Sesiapa yang suka makan tempe, boleh kongsikan resepi yang selalu anda gunakan di ruangan komen. Selamat mencuba.

Baca resepi yang lain:

Comments

  1. suami shu suka kalau buat tempe goreng sambal letak bilis goreng. tambah dia makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh, saya pun selalu makan tempe masak sambal kalau beli makanan di kedai.

      Delete
  2. ooi ini makan dengan nasi panas2 sedap sangat dah ni =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap, SYM. Tak perlu hidangan lain dah.

      Delete
  3. Sedap ni makan panas2, goreng tempe lepas tu masukkan dlm sayur kacang pjg yg ditumis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapnya😋. Bolehlah cuba resepi Kak Pip nanti.

      Delete

Post a Comment