Review Novel Qalif: Watak Cinta Terindah Karya Dila Dyna

Setelah tamat final examination beberapa minggu yang lalu, saya terus membeli novel baru. Sebenarnya, sudah lama saya tidak membeli novel di kedai buku kerana sering membeli novel secara terus dengan penulis novel. Semasa di kedai buku, saya ternampak novel Qalif: Watak Cinta Terindah karya Dila Dyna. Disebabkan sinopsisnya yang menarik, saya mengambil keputusan untuk membelinya.

Untuk pengetahuan anda, Dila Dyna juga merupakan penulis untuk novel Dia Semanis Honey dan Suri Hati Mr Pilot yang telah diadaptasi ke drama. Kedua-dua novel tersebut telah saya baca dan novel Qalif: Watak Cinta Terindah merupakan karya ketiga daripada Dila Dyna yang saya baca. Jadi, jom baca review novel ini.

Qalif: Watak Cinta Terindah karya Dila Dyna

Judul: Qalif: Watak Cinta Terindah
Penulis: Dila Dyna
Genre: Cinta, kekeluargaan
Tahun terbitan: 2019
Penerbit: Suara Hati Publication
Harga: RM 28
Mukasurat: 621

Review:
Novel ini mempunyai cover yang sangat cantik. Dari segi jalan cerita, boleh dikatakan agak klise. Setiap pertemuan antara dua watak utama, iaitu Kayla Husna dan Qalif Mikael pasti akan terjadinya perang mulut. Namun, semuanya berubah apabila mereka harus tinggal sebumbung apabila ayah Kayla berkahwin dengan ibu Qalif.Lama-kelamaan, hubungan Kayla dan Qalif semakin baik dan perasaan cinta mula berputik. Tapi bukan qalif seorang saja yang suka kepada Kayla. Bekas jiran Kyla, iaitu Khairul juga menyimpan perasaan kepadanya.

Dalam novel ini juga terdapat watak Aini, iaitu kawan baik Kayla. Aini ni seorang yang penyabar sangat. Walaupun dah banyak kali kena pukul dengan suami sendiri, tapi tetap nak pertahankan rumah tangga dia. Sampai satu tahap, Kayla memang sangat marah dan tak tahu dah macam mana nak bantu Aini. Inilah yang dikatakan cinta itu buta.Selain itu, terdapat dua watak lain yang berkait dengan Qalif dan saya tidak sangka watak ini akan muncul pada mulanya. Kalau nak tahu, kena baca novel ni. Saya tak nak bagi spoiler😂.

Masa part Kayla dan Qalif dah berbaik tu memang best tapi apabila ada satu kejadian yang menimpa keluarga Kayla, rasa geram pula dengan sikap Kayla yang tak matang sampai Qalif dan ibunya membawa diri ke luar negara. Apabila mereka dalam usaha untuk berbaik, mereka kena culik pula. Saya memang berdebar masa baca bab ni sebab tak pasti sama ada akan ada kematian terjadi ataupun tidak. Tak sangka yang penculikan tersebut dilakukan oleh salah satu watak sampingan dalam novel ini. Kemunculan bekas kekasih Qalif, Elena juga membuatkan Kayla ragu-ragu untuk menerima Qalif semula. Adakah Kayla akan menerima Qalif atau memberi peluang kepada Elena yang baru pulih ingatan untuk menyambung kembali percintaannya bersama Qalif? Semuanya akan terjawab dalam novel Qalif: Watak Cinta Terindah.

Pengajaran:
- Berfikir sebelum bertindak. Kayla seharusnya tidak terburu-buru menuduh ibu tirinya, Datin Maria berlaku curang dan menyebabkan ayahnya kemalangan. Tindakan itu membawa kepada berakhirnya hubungan percintaan antara Kayla dan Qalif.
- Komunikasi dalam perhubungan. Sikap Qalif yang sibuk dengan kerja dan tidak menghubungi Kayla semasa berada di Amerika membuatkan Kayla terasa hati dan risau jika Qalif sudah melupakannya.  
- Reda dengan ketentuan Tuhan. Khairul menerima keputusan Kayla untuk memilih Qalif dan dia move on.

Secara keseluruhannya saya ingin beri 9.2/10 bintang kepada novel ini.

Baca review novel yang lain:
-Yang Lebih Sempurna karya Umie Liza
-Kembali Mencintai karya Syamnuriezmil
-Seribu Rindu karya Hani Fazuha

Comments

  1. Must be something good in the plot sebab 600 mukasurat dengan cerita klise fuhh sakit nak habiskan kalau akak yang baca haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Walaupun jalan cerita agak klise, mula-mula benci lepas tu sayang. Namun, kehadiran beberapa watak baru & babak yang tidak dijangka membuatkan saya terus baca sebab nak tahu apa yang sebenarnya terjadi.

      Delete
  2. Tak pernah baca lagi... macam best pula citer ni jannah

    ReplyDelete
  3. Nak belikan untuk oranag rumah la ;)

    ReplyDelete
  4. Alamak, tebalnya muka surat. Haha. Tapi berbaloi dan puas baca kalau ceritanya best!

    ReplyDelete
  5. Merhaba
    Bloğunuzu takip ettim. Sizi de Bloğum a beklerim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Merhaba. Blogumu takip ettiğin için teşekkür ederim. Thank you so much for your support. Sorry if my turkish is not good, just using Google Translate😅.

      Delete

Post a Comment