Review KFC Zinger Double Down

Beberapa bulan yang lepas, KFC Malaysia telah mengembalikan menu KFC Zinger Double Down. Saya sudah mencuba menu ini ketika awal kemunculannya tetapi baru sekarang ada masa untuk buat review. Mana tahu boleh dijadikan rujukan nanti apabila KFC keluarkan semula menu ini. Untuk pengetahuan semua, saya beli KFC Zinger Double Down ni sebanyak tiga kali. Kalau nak tahu pendapat saya tentang menu ini, kenalah baca entri ini sehingga habis.

Sejujurnya, saya tak pernah pun beli KFC Zinger Double Down ni. Apabila ternampak yang KFC keluarkan menu ni, saya rasa nak cuba. Tapi apabila tengok harga tu, banyak kali juga fikir sebelum beli. Nasib baik masa tu Food Panda ada promo code 62% off . Dapatlah saya merasa menu ni dengan harga yang lebih murah. Harga asal ialah RM 22.50 untuk box meal. Biasanya harga di Food Panda lebih mahal daripada pergi beli di KFC terus dan ada delivery charge. Tapi masih murahlah dibandingkan kalau naik Grab untuk pergi KFC.

Bagi menu ala carte, harganya ialah RM 13++ kalau beli di Food Panda manakala kalau beli terus di KFC, harganya ialah RM 12++. Saya rasa kalau tiada promo code atau apa-apa diskaun, mungkin saya tak akan cuba KFC Zinger Double Down ni. Harganya terlalu mahal bagi student.

Set KFC Zinger Double Down  Box Meal disertakan dengan KFC Zinger, minuman, wedges dan ayam goreng KFC. Jom lihat gambar di bawah.

KFC Zinger Double Down Box Meal

KFC Zinger Double Down

Tanggapan pertama saya apabila melihat KFC Zinger Double Down tu ialah macam tak kenyang je kalau hanya makan satu je sebab tu saya beli yang box meal. Tapi KFC Zinger yang saya dapat hari tu boleh dikatakan besar jugalah.

Rupa KFC Zinger Double Down

Di antara dua filet ayam tu, ada cheese, mayonis dan juga chicken slice. Cheese memang banyak dan saya sangat berpuas hati. Rasa pun sedap. Rugi betul tak tahu tentang KFC Zinger Double Down sebelum ni. Selepas saya habiskan KFC Zinger tu, saya dah ubah fikiran saya. Makan satu je dah kenyang sebenarnya. Struggle untuk menghabiskan wedges dan ayam goreng. Kali kedua dan ketiga, saya hanya beli yang ala carte saja.

Berdasarkan penilaian saya, berikut adalah pembahagian markah:

KFC Zinger Double Down:
Rasa- 4.9
Rupa-4.4
Kuantiti-4.6
Harga-3.8
Jumlah: 4.4 daripada 5 bintang

Kesimpulannya, saya sangat berpuas hati dengan KFC Zinger Double Down ni. Cuma kadang-kadang dapat KFC Zinger tu yang kecil sedikit saiznya. Tapi kalau beli di cawangan KFC yang berbeza, memang tak boleh elakkan perkara ni. Setiap cawangan mungkin menyediakan makanan yang berbeza kualiti dan saiz. Harap-harap KFC akan kembalikan menu ni semula nanti dan harganya tak naik.

*Review ini hanyalah pendapat saya berdasarkan penilaian yang saya buat. Kualiti makanan mungkin berbeza di cawangan KFC yang berbeza. Kalau anda ada pendapat sendiri, boleh kongsi di ruangan komen (gunakan perkataan yang positif). 

Comments

  1. Bagi orang yang sukakan sayur macam cheq, cheq langsung tak teringin nak cuba zinger double down ni sebab pada cheq, idea ni pelik sungguh makan 2 fillet ayam goreng kembar macam tu... macam makan 'burger' yang tak ada bun dan lettuce 😅

    Cheq dah join segmen blogversary TWJ! 😆✨

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cheq pun suka sayur tapi disebabkan gabungan ayam & cheese, cheq tak boleh tolak😂. Btw terima kasih join segmen😊.

      Delete
  2. memang sedap.. tak sempat nak beli lagi dah tak ada menu nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tunggu come back lagi sekalilah, Kak Sha😅.

      Delete
  3. Sedap. Suka gabungan ayam dengan cheese

    ReplyDelete

Post a Comment