REVIEW BLOG: Cheq Pi Mana Kali Kedua

Hai semua. Pertama sekali, saya ingin memohon maaf atas kelewatan membuat review blog bagi pemenang Segmen 1st Blogversary TWJ. Banyak perkara yang terjadi semasa cuti semester sehingga tidak berkesempatan untuk update blog sekerap yang saya rancang. Untuk hari ini, saya akan membuat review bagi blog Cheq Pi Mana milik Cik Suerin (CS).

Sebenarnya, saya dah pernah buat review tentang blog kepunyaan CS. Jadi, sesiapa yang nak tahu latar belakang beliau, boleh baca entri sebelum ini (klik sini untuk baca). Tanpa melengahkan masa, mari kita mulakan review.

Mula-mula, saya ingin kongsikan pendapat saya tentang cara penulisan CS. Gaya penulisan beliau agak santai dan mudah difahami. Untuk pengetahuan semua, entri di blog beliau ditulis dalam Bahasa Melayu dengan loghat Utara disebabkan CS ni orang Perlis. Memang seronok baca entri beliau sebab saya boleh belajar loghat negeri lain. Walaupun saya dari Pantai Timur, tapi saya boleh memahami loghat Utara beliau.

Sesiapa yang selalu singgah ke blog Cheq Pi Mana mungkin tahu yang CS suka tulis tentang entri makanan sama ada makanan segera, aiskrim, masakan kampung dan sebagainya. Jadi, janganlah singgah ke blog CS masa tengah kelaparan. Makin lapar nanti๐Ÿ˜‚. CS juga ada buat review menu makanan segera yang baru keluar. Bolehlah baca review dulu sebelum buat keputusan untuk cuba menu baru tersebut ataupun tidak.

Cadangan saya untuk CS ialah kalau boleh update entri lebih kerap lagi terutamanya entri makanan. Saya suka baca cara penulisan CS.

Sebelum saya akhiri entri ini, saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada CS atas sokongan yang diberikan kepada saya dan blog ini. CS ni antara blogger yang selalu join segmen yang saya anjurkan. Blogger lain pun marilah follow blog Cheq Pi Mana dan saling menyokong antara blogger.

Jumpa lagi dalam review blog yang akan datang.


Comments

  1. Ya.. Akak pun suka baca entri santai CS ni. Menarik sangat.

    ReplyDelete
  2. Hihi...ya betoi! Jangan mai singgah blog cheq kalau hangpa tengah kelaparan/kebuloq tu, nanti sakit hati, cheq tak buat delivery makanan tau...cheq cuma review atau share recipe saja ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜†

    Tq so much JR! Terharu cheq baca JR suka dengan gaya penulisan loghat utagha cheq tu..๐Ÿ˜†๐ŸŽˆ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome,CS. Terima kasih juga sebab jadi pengunjung setia di blog ni⚘.

      Delete
  3. Blog santai mmg kalau baca boleh hilangkan stress juga especially psl makanan hehe

    ReplyDelete

Post a Comment