Review Novel Barith, Can't Unlove You Karya Mell Mariann

Hai semua. Ada yang perasan tak yang dah lama saya tak buat review novel? Kali terakhir buat review ialah untuk novel Bicara Cinta disebabkan oleh kekangan masa untuk membaca novel. Semasa MCO ni, dapatlah saya meluangkan masa untuk membaca novel dan membuat review. Hari ini saya ingin membuat review untuk novel Barith, Can't Unlove You karya Mell Mariann.

Sebenarnya, ini merupakan kali pertama saya membaca karya novelis Mell Mariann. Memang tak pernah kenal pun sebelum ni. Saya dapat tahu mengenai novel Barith, Can't Unlove You ni melalui penerbitnya sendiri, iaitu novelis Suci Hidayat. Saya memang selalunya beli novel daripada beliau. Jadi, apabila ada novel baru, saya terus pre-order. Selepas lebih kurang 2 bulan, novel pun sampai ke rumah. Tanpa melengahkan masa, mari kita baca review untuk novel ni.

Novel Barith, Can't Unlove You Karya Mell Mariann

Judul: Barith Can't Unlove You
Penulis: Mell Mariann
Genre: Cinta, kekeluargaan
Tahun terbitan: 2020
Penerbit: Suci Love Story Publication
Harga: RM 32
Mukasurat: 456

Review:
Novel ini mengisahkan tentang Tasneem dan Barith. Mereka berkahwin di London ketika Tasneem melanjutkan pengajian di sana. Namun, perkahwinan mereka tidak bertahan lama kerana salah faham.  Apabila masing-masing hanya membuat andaian berdasarkan apa yang mereka lihat, maka perkahwinan mereka berakhir dengan perpisahan.

Selain kisah perkahwinan Tasneem dan Barith, terdapat juga kisah perkahwinan Nilam (adik Tasneem) dan perkahwinan Shira (sepupu Tasneem). Persamaan mereka adalah mereka berkahwin ketika masih muda dan mengalami masalah dalam menghadapi dugaan dalam perkahwinan.

Antara perkara yang saya rasakan menarik tentang novel ini ialah novel ini memperkenalkan kursus bioinformatik. Kursus tersebut merupakan kursus yang saya ambil di universiti. Saya agak terkejut bagaimana novelis Mell Mariann mengetahui tentang kursus itu kerana bioinformatik tidak begitu terkenal di Malaysia. Kebiasaanya hanya mereka yang mengambil kursus bioinformatik di universiti mengetahui tentang kursus ini. Nampaknya novelis Mell Mariann membuat sedikit research tentang bioinformatik ketika menulis novel tersebut.

Apabila membaca novel ini, saya merasakan ada banyak konflik yang ditunjukkan. Setiap watak ada ujian dan kepayahan masing-masing. Sama macam kehidupan kita. Tidak semestinya apa yang kita nampak adalah sama dengan kenyataan yang sebenar.

Isu toxic friendship juga diketengahkan. Sesuatu yang kita selalu dengar atau kita sendiri pernah menghadapinya. Kadangkala nasihat atau kata-kata seorang kawan itu seolah-olah untuk kebaikan kita tapi sebenarnya dia mempunyai agenda tersendiri. Apabila kita terlalu percaya dan sayang seorang kawan, kita tak nampak niat buruk mereka kerana "cinta itu buta". Kita mungkin rasa mereka mengambil berat tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.

Pengajaran:
- Kasih sayang antara keluarga. Tasneem menunjukkan kasih sayang yang tidak berbelah-bahagi terhadap keluarganya di Malaysia sehingga dia sanggup mengorbankan perkahwinannya. Dia boleh terus berjuang untuk mempertahankan perkahwinannya tetapi dia memilih untuk membantu keluarganya.
- Jangan terlalu mempercayai seseorang. Kadangkala kita tidak sedar bahawa orang yang paling rapat dengan kitalah sebenarnya musuh utama kita. Contonhya, kawan Tasneem iaitu, Sherina yang sebenarnya terlibat dalam perpisahan Barith dan Tasneem. 
- Mendengar penjelasan daripada semua pihak. Sepatutnya Tasneem dan Barith mendengar penjelasan masing-masing sebelum mereka membuat andaian. Jika mereka duduk berbincang, mungkin perpisahan tidak terjadi.

Secara keseluruhannya saya ingin beri 9.5/10 bintang kepada novel ini.

Baca review novel yang lain:
-Kembali Mencintai karya Syamnuriezmil
-Yang Lebih Sempurna Karya Umie Liza
-Bicara Cinta Karya Missa J

Comments

  1. kursus bioinformatik pertama kali juga saya dengar, ni pun sebab baca kat sini. hehe terima kasih dapat info..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Terima kasih juga singgah sini😊.

      Delete
  2. Replies
    1. Samalah. Saya pun baru dapat fokus baca novel semula lepas habis fyp.

      Delete
  3. Menarik bila novel turut mengetengahkan info tentang sesuatu yang jarang diperkatakan macam kursus Bioinformatik tu..

    ReplyDelete
  4. First time juga mama dgr bioinformatics

    ReplyDelete
  5. tak pernah beli novel dari penerbit ni. nampak menarik juga isu dalam buku ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik. Novel terbitan mereka memang menarik isu yang diketengahkan.

      Delete
  6. Salam semua. Sayapun berjinak semula dengan novel lepas masuk kerja kerajaan. Salam

    ReplyDelete

Post a Comment