Hai semua. Kembali lagi dalam entri resepi. Untuk entri kali ini, saya akan kongsikan resepi sup telur.
Sebenarnya, ini merupakan pertama kali saya masak sup telur. Macam biasalah, apabila tiada idea untuk memasak, saya pun dapatkan ilham dari Internet dan ubah suai ikut selera saya.
Untuk resepi yang akan saya kongsikan, saya hanya gunakan dua jenis sayur. Kalau ada sayur lain seperti saderi dan bunga kubis, boleh tambahkan juga ke dalam sup. Jom kita baca resepinya.
Bahan-bahan
2 biji telur ayam
Lobak merah
Brokoli
1 ulas bawang putih-dihiris
1biji bawang merah-dihiris
1/2 inci halia-dihiris
Air-secukupnya(bergantung kepada berapa banyak kuah yang anda mahu)
Garam-secukupnya
Minyak masak-untuk menumis
Hiasan
Daun bawang-dihiris
Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis sehingga garing.
2. Masukkan air dan biarkan sehingga mendidih.
3. Setelah sup mendidih, masukkan lobak merah (kena masuk lobak merah dulu sebab teksturnya lebih keras).
4. Apabila lobak merah sudah agak empuk, masukkan broli dan biarkan seketika.
5. Pecahkan telur ke dalam sup. Biarkan seketika.
6. Tambahkan garam dan kacau.
7. Taburkan daun bawang ke atas sup yang sudah siap dimasak.
Hasil sup telur yang dimasak adalah seperti gambar di atas. Rasa dah sedap cuma kuah pula terlebih kering. Lain kali kena letak lebih sikit air๐ .
Selamat mencuba.

Sup Telur Yang Mudah |
Hasil sup telur yang dimasak adalah seperti gambar di atas. Rasa dah sedap cuma kuah pula terlebih kering. Lain kali kena letak lebih sikit air๐ .
Selamat mencuba.
Baca resepi yang lain:
SEDAPNYA DIMAKAN DENGAN NASI PUTIH
ReplyDeleteBetul tu.
DeleteSA pun suka masak macam ni..agak2 malas makan nasi masukkan aje mee
ReplyDeleteBetul tu, kak. Nak makan dengan mee pun boleh.
Deletesedap ni lagi lagi kalau kena dengan ikan goreng ke
ReplyDelete๐
DeleteResepi daripada telur, masak apa pun sedap. yg ni lagi lah suka sebab ada kuah sikit
ReplyDeleteBetul tu, Kak Shirven.
Deletewahhhh.. sedap ni :)
ReplyDeleteSedap, Ejulz.
DeleteDapat makan dengan mee segera ni layannn..๐๐๐ป
ReplyDeleteSedap ni. Makan begitu saja heheeee.
ReplyDeleteBetul tu๐.
DeleteAduh sedapnya. Ratah pun sedap
ReplyDeleteHaah, Mamapp. Makan macam tu pun sedap.
Deletesup telur ni sedap kalau ada tauhu sekali hihi
ReplyDeleteBetul tu. Sedap juga kalau ada tauhu.
DeleteAgak-agak tak ada idea, boleh buat sup telur ini.. Mudah dan sedap..
ReplyDeleteResepi penyelamat kalau tak ada idea nak masak apa.
Delete