Resepi Sup Bebola Ikan

Hai semua. Hari ini saya ingin kongsikan resepi sup bebola ikan. Resepi yang mudah dan cepat terutamanya untuk pelajar universiti dan ibu-ibu bekerjaya. Yang baru nak belajar memasak pun boleh cuba resepi ni.

Kalau anda ada daun sup di rumah, boleh je taburkan atas sup tu. Memandangkan tiada daun sup di rumah, saya gunakan daun bawang sahaja. Jom baca resepinya.

Bahan-bahan
3 ulas bawang putih-diketuk
Bebola ikan-kuantiti terpulang kepada anda
Tauhu pok-kuantiti terpulang kepada anda
Air-secukupnya(bergantung kepada berapa banyak kuah yang anda mahu)
Garam-secukupnya
Serbuk lada hitam (yang tiada bahan perasa)-secukupnya
Daun bawang-dihiris
Minyak masak-untuk menumis

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih.

2. Apabila bawang putih sudah garing, masukkan air.

3. Setelah kuah mendidih, masukkan bebola ikan dan tauhu pok. Kacau dan biarkan seketika.

4. Tambahkan garam dan serbuk lada hitam lalu kacau.

5. Tutup api dan angkat sup yang sudah siap dimasak.

6. Taburkan daun bawang.

Sup Bebola Ikan

Serbuk lada hitam tu tak wajib pun letak. Terpulang kepada citarasa masing-masing. Bagi yang gunakan serbuk lada hitam yang ada MSG, mungkin tak perlukan garam dah.

Selamat mencuba dan jumpa lagi dalam entri akan datang.

Baca resepi yang lain:

Comments

Post a Comment