Resepi Sayur Campur Bersama Ayam

Hai semua. Hari ini saya ingin kongsikan resepi sayur campur bersama ayam.

Sebenarnya, pertama kali masak resepi ni. Macam biasalah resepi campak-campak je๐Ÿ˜‚. Disebabkan dah bosan dengan resepi yang sama, saya nak cubalah masak sayur campur ni dengan cara lain. Jom kita lihat resepinya.

Bahan-bahan
Lobak merah
Brokoli
Bunga kubis
2 ulas bawang putih-diketuk
Dada ayam-dipotong kecil
Garam-secukupnya
Serbuk lada hitam (yang tiada bahan perasa)-secukupnya
Minyak masak

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih.

2. Apabila bawang putih sudah garing, masukkan ayam. Biarkan seketika.

3. Masukkan lobak merah (kena masuk lobak merah dulu sebab teksturnya lebih keras).

4. Apabila lobak merah sudah agak lembut, masukkan brokoli dan bunga kubis. Kacau dan biarkan seketika.

5. Tambahkan garam dan serbuk lada hitam lalu kacau hingga sebati.


6. Hidangkan sayur campur yang sudah siap dimasak.

Sayur Campur Bersama Ayam

Sebelum ini saya pernah kongsikan resepi sayur campur tetapi versi sup. Kali ni versi goreng pula. Sayur ni mudah je untuk dimasak dan yang penting rasanya sedap. Bagi yang nak tonton videonya, boleh ke YouTube The Wonderful Jannah. 

Comments

  1. Nampak sedap dan menyihatkan ๐Ÿ‘๐Ÿป✨

    ReplyDelete
  2. resepi sayur cemni yang sedap menambah2..
    lagi2 bila ada banyak sayur yang kita suka hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada sayur favourite, mesti berselera makan kan, SYM.

      Delete
  3. sedap kalau campur macam nie.. selalu guna seafood.. nanti boleh try guna ayam pula..

    ReplyDelete

Post a Comment