Pengalaman Membeli-Belah Di Popular Online

Hai semua. Pada tahun-tahun sebelum ni, saya selalu kongsikan pengalaman membeli belah di pesta buku anjuran Popular. Namun, situasi semasa membuatkan saya tidak dapat berkunjung ke kedai/pesta buku Popular selama setahun. Jadi, saya pun membeli-belah di Popular Online.

Ada je beli buku secara terus dengan penulis tapi kebanyakannya ebook. Tapi baca ebook tak sama macam baca buku fizikal. 

Sebenarnya, saya dah lama tahu yang Popular menyediakan perkhidmatan membeli-belah atas talian tapi tak pernah cuba pun sehinggalah pada hujung tahun lepas. Saja cuba sebab dapat baucar buku. 

Disebabkan dah rindu sangat nak membeli novel di Popular, saya pun buat keputusan untuk tengok novel apa yang ada di website Popular Online baru-baru ni. 

Masa mula-mula masuk tu, macam tak ada arah tujuan. Tak tahu nak beli novel apa sebenarnya tapi alang-alang dah sampai, takkan tak beli apa-apa kan (setakat ni tak pernah keluar dengan tangan kosong kalau ke Popular😂).

Setelah melihat pilihan yang ada untuk buku bahasa Melayu, saya tertarik dengan genre thriler serta seram dan misteri. Daripada tiada arah tujuan, kini lima buah novel sudah dipilih. Jom kita lihat novel yang saya beli.

Novel Yang Dibeli Di Popular Online

Yang bawah sekali dalam gambar tu bukan novel tapi buku nota. Saya beli sebab nak cukupkan jumlah pembelian supaya dapat diskaun 50% untuk kos penghantaran. Selain itu, ahli Popular boleh dapatkan diskaun macam beli di kedai buku Popular.

Saya dah beli buku di Popular Online ni sebanyak tiga kali. Memang puas hati dengan perkhidmatannya. Biasanya buku sampai dalam tempoh tiga hari tapi kali ni lepas seminggu baru sampai. Mungkin sebab PKP.

Buku dalam keadaan baik dan pembungkusan pun kemas je. Berbaloi dengan harga yang dibayar. Rasanya memang akan membeli-belah di Popular Online lagi kalau keadaan belum mengizinkan untuk ke kedai buku Popular.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk yang nak cuba membeli-belah di Popular Online buat pertama kali. Sesiapa yang selalu beli buku atas talian, cuba kongsi kat mana anda selalu membeli-belah. Entri ini bukan paid review. Saya memang suka berkongsi tentang buku yang saya beli.

Comments

Post a Comment