Resepi Sambal Terung Pipit Dan Bunga Kantan

Hai semua. Untuk entri kali ini, saya akan kongsikan resepi sambal terung pipit bersama bunga kantan.

Sebelum ini saya sudah pernah kongsikan resepi sambal terung pipit. Namun, kali ini ada sedikit tambahan, iaitu bunga kantan. Memandangkan ada bunga kantan di rumah dan tak tahu nak masak apa, jadi kita masukkan sekali ke dalam sambal.

Jom kita baca resepinya.
  
Bahan-bahan 
Terung pipit
Bunga kantan-dihiris
2 sudu bawang kisar (bawang merah, bawang putih & bawang besar)
3 sudu lada kering kisar
2 sudu ikan bilis yang sudah ditumbuk
Air asam jawa-bancuh sedikit asam jawa
Air-secukupnya
Belacan-secukupnya (tak wajib)
Minyak masak-untuk menumis

Cara memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang kisar, ikan bilis, lada kering kisar dan belacan. 

2. Setelah bahan tumis sudah garing, masukkan terung pipit. Kacau seketika lalu masukkan air asam jawa.

3. Masukkan air dan biarkan sehingga mendidih.

4. Masukkan bunga kantan. Kacau dan masak sehingga terung pipit empuk.

5. Hidangkan sambal yang sudah siap dimasak.

Sambal Terung Pipit Dan Bunga Kantan

Selalunya kalau ada terung pipit, memang saya akan masak sambal je. Tak pastilah masakan lain yang sesuai untuk terung pipit ni. Kalau ada cadangan resepi, bolehlah kongsikan di ruangan komen.'

Selamat memasak😊.

Comments

  1. First time tau ni...sedap erk? nak cuba la buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap bagi yang suka bunga kantan dan terung pipit, Kak SA.

      Delete
  2. sama la, sambal terung pipit.
    tapi tu la, sambal Jannah ni lain dari yg selalu aida buat.
    nampak menarik dgn bunga kantan tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan ada bunga kantan dan tak tahu nak masak macam mana. Jadi, campurkan je ke dalam sambal tu.

      Delete

Post a Comment