Hai semua. Untuk entri kali ini, saya akan review novel Love You Mr. Arrogant karya Aliesha Kirana.
Sebenarnya, saya beli novel ni pada tahun 2013 dan sudah baca beberapa kali. Versi drama pun saya dah tonton. Drama yang diadaptasi daripada novel ini pernah disiarkan di slot Akasia TV3 (7 malam).
Kalau tak silap saya, trend drama adaptasi novel semakin popular pada tahun 2013. Jadi, saya pun beli novel asal setelah menonton drama tersebut. Zaman tu tak ada blog lagi. Jadi, baru sekarang berkesempatan nak buat review.
Jom kita baca review bagi novel ini.
Judul: Love You Mr. Arrogant
Love You Mr. Arrogant Karya Aliesha Kirana |
Judul: Love You Mr. Arrogant
Penulis: Aliesha Kirana
Genre: Cinta/Kekeluargaan
Tahun terbitan: 2011
Penerbit: Karya Seni
Harga: RM 18
Mukasurat: 462
Review:
Baca review novel yang lain:
-Aura Cinta Karya Aina Emir
-I Promise Karya Acik Lana
-Seribu Rindu Karya Hani Fazuha
Review:
Nama Mr. Arrogant dalam tajuk novel ini merujuk kepada watak Zafriel Irham. Dia merupakan seorang yang angkuh dan garang. Watak heroin pula ialah Zaara Amirah. Dia seseorang yang lebih tenang dan sangat penyabar.
Satu peristiwa telah membawa kepada pertemuan antara mereka berdua. Disebabkan hutang Zaara kepada Irham, Zaara terpaksa berkahwin dengan Irham.
Personaliti Zaara dan Irham ini sangat berbeza dan ada kalanya kelakar apabila membaca babak antara mereka berdua.Macam biasalah, mula-mula benci, kemudian sayang. Apabila mereka berdua sudah mula menerima antara satu sama lain, banyak konflik yang timbul.
Watak yang kejam dan akan membuatkan pembaca rasa marah ialah watak Sherry (bakal menantu pilihan mama Irham), Zafrina (kakak Irham) dan Puan Sri Maryam (mama Irham). Walaupun Zaara dah buat yang terbaik, Puan Sri Maryam tetap tak sukakan menantunya kerana Zaara bukanlah menantu pilihannya.
Walaupun tema kahwin paksa dan konflik dengan ibu mentua ini agak klise, tetapi agak berbeza dalam novel ini kerana Zaara ada seorang suami yang supportive. Irham tidak derhaka kepada ibunya dan pada waktu yang sama dia buat yang terbaik untuk melindungi Zaara.
Emosi dalam novel ini sering berubah-ubah. Baru je Zaara dan Irham merasa kebahagiaan, ada sahaja orang yang cuba menganggu rumah tangga mereka. Nasib baik ada Fiz, Hardy dan bapa Irham yang sentiasa memberikan sokongan kepada mereka berdua.
Selain itu, penulis juga menyelitkan konflik dengan Faisal yang cintanya ditolak oleh Zaara. Memang susah apabila berhadapan dengan orang yang tidak dapat menerima takdir yang telah tertulis. Kadang-kadang nampak Faisal ni lebih kepada obses, bukannya cinta. Kalau dia betul-betul cintakan Zaara, dia akan terima hakikat bahawa kebahagiaan Zaara dengan Irham.
Tidak dilupakan juga konflik dengan bekas kekasih yang tiba-tiba menagih cinta semula. Namun, konflik ini bukanlah terlalu berat. Boleh dikatakan watak kekasih lama ataupun watak Sherry bukanlah watak orang ketiga yang agresif sampai sanggup upah orang untuk mencederakan.
Pengajaran:
- Sentiasa menghormati ibu bapa. Irham tetap menghormati Puan Sri Maryam walaupun ibunya tidak melayan isterinya dengan baik. Dia cuba sebaik mungkin untuk tidak mengguris hati ibunya dan pada waktu yang sama melindungi isterinya.
- Berfikiran rasional. Zaara melayan Puan Sri Maryam dengan baik walaupun dia sentiasa menerima layanan buruk kerana dia tahu seorang ibu (sama ada sikapnya baik atau buruk) perlu dihormati. Dia tidak pernah menghasut Irham agar membenci Puan Sri Maryam.
- Menerima takdir yang tertulis. Faisal seharusnya menerima takdir yang sudah tertulis dengan hati yang terbuka.
Secara keseluruhannya saya ingin beri 9.0/10 bintang kepada novel ini. Kisah kahwin paksa kedengaran klise tetapi penulis berjaya membuatkan saya membaca novel ini berulang kali kerana cara penceritaannya dan perwatakan setiap watak.
Secara keseluruhannya saya ingin beri 9.0/10 bintang kepada novel ini. Kisah kahwin paksa kedengaran klise tetapi penulis berjaya membuatkan saya membaca novel ini berulang kali kerana cara penceritaannya dan perwatakan setiap watak.
Baca review novel yang lain:
-Aura Cinta Karya Aina Emir
-I Promise Karya Acik Lana
-Seribu Rindu Karya Hani Fazuha
rasa macam pernah baca novel ni tapi drama dia best juga layan, mak mertua psiko..haha
ReplyDeleteBetul tu. Mak mentua dia pandai berlakon depan orang lain.
Deletemcm da tgk drama nya.
ReplyDeletebut aida x ingat langsung!
da lama, kan...
tapi memang trending la drama tajuk ni.
Memang dah lama drama LYMA ni. Dah lebih dari 5 tahun lepas.
Delete