Review KFC Burger Banjir

Hai semua. Hari ini saya akan review satu lagi burger terbaru daripada KFC, iaitu KFC Burger Banjir.

Sebenarnya, saya ternampak iklan KFC tentang burger baru ni tapi masih dalam dilema nak beli ataupun tak. Sebab harganya agak mahal dan tak ramai yang bagi komen positif.  

Tapi memandangkan adik saya beli burger ni dan saya dapat makan secara percuma, saya pun cuba KFC Burger Banjir ni😆. Untuk Burger Banjir Box Meal, harganya ialah RM 22.99 di aplikasi Foodpanda.

Jom kita lihat gambarnya.

KFC Burger Banjir

KFC Burger Banjir

Box meal ini terdiri daripada burger, fries, ayam goreng KFC dan minuman. Kelainan burger ini ialah sos bbq salai yang menyaluti kepingan zinger. Bahan-bahan lain yang turut digunakan ialah salad dan mayonis.

Dari segi luaran, Burger Banjir ni nampak menyelerakan. Saya tertarik dengan warna sos bbq yang digunakan. Disebabkan saya pernah makan KFC Zinger Spicy BBQ, saya jangkakan profil rasa untuk burger kali ini lebih kurang sama.

Namun, jangkaan saya salah. Rasanya sos bbq ni berbeza dan saya tak pernah rasa lagi profil rasa sebegitu daripada KFC. Masa gigitan pertama, macam lambat sikit nak proses rasa apa burger ni. Tapi lepas tu, rasa sedap pula KFC Burger Banjir ni. Sesuai apabila digabungkan dengan mayonis.

Cuma ramai yang cakap jumlah sos tak sama dalam iklan. Memang tak 'banjir' pun sosnya. Tapi bagi saya, kuantiti sos tu just nice. Kalau terlalu banyak sos, susah nak makan. Yang paling penting, sos tu betul-betul menyaluti kepingan zinger, bukan bahagian atas sahaja.

Berdasarkan penilaian saya, berikut adalah pembahagian markah:

KFC Burger Banjir:
Rasa- 4.5
Rupa-4.5
Kuantiti-4.0
Harga-3.8
Jumlah: 4.2 daripada 5 bintang

Kesimpulannya, KFC Burger Banjir merupakan antara burger terbaik yang dihasilkan oleh KFC setakat ini. Walaupun harganya mahal, berbaloilah dengan rasanya. Tapi kalau harganya lebih murah, mungkin saya akan repeat order banyak kali.

*Review ini hanyalah pendapat saya berdasarkan penilaian yang saya buat. Kualiti makanan mungkin berbeza di cawangan KFC yang berbeza. Kalau anda ada pendapat sendiri, boleh kongsi di ruangan komen (gunakan perkataan yang positif). 

Comments

  1. nak cubalah! iklan burger ni nampak sedap hehehe

    ReplyDelete
  2. Wahh sedap ye. Ini yang nak cuba jugak ni. Tengok iklan tu nampak sedap je sebab sos BBQ salai. Haruslah iklan tak sama dengan apa yang kita beli. Tapi patutnya memang banjir lah kan. Kalau saya okay je asalkan sos mencukupi :)

    ReplyDelete
  3. banjir sangat pun tak okay sebab nanti tak rasa crunchy patty tu

    ReplyDelete

Post a Comment