Resepi Ayam Kisar Bersama Brokoli, Sesuai Untuk Kanak-Kanak

Hai semua. Untuk entri kali ini, saya ingin kongsikan satu resepi yang sangat mudah, iaitu ayam kisar bersama brokoli.

Memandangkan ada ayam kisar dan brokoli, saya pun cubalah untuk gabungkan kedua-duanya. Lagipun saya memang suka resepi yang mudah tapi sedap macam ni.

Tanpa melengahkah masa, jom kita baca resepinya.

Bahan-bahan
Ayam kisar
Brokoli-dipotong
3 ulas bawang putih-dicincang
Garam-secukupnya
Serbuk lada hitam-secukupnya
Minyak masak

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang putih.

2. Setelah bawang putih garing, masukkan ayam kisar. Kacau dan biarkan seketika.

3. Masukkan brokoli lalu kacau.

4. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau hingga sebati.

5. Masak sehingga tekstur brokoli lembut.

6. Hidangkan ayam kisar yang sudah siap dimasak.

Ayam Kisar Dan Brokoli

Selalunya saya gunakan ayam kisar ni untuk masak tauhu bergedil. Rupa-rupanya, sedap juga ayam kisar dimasak bersama brokoli. Sekejap sahaja habis sebab adik-adik saya suka😂.

Untuk kanak-kanak pun sesuai kerana masakan ni tidak pedas. Nak makan pun mudah sebab tak ada tulang ayam.

Selamat mencuba.

Comments

  1. very simple recipes, i'll try it..

    ReplyDelete
  2. kalau tumis guna minyak bijan sikit pun sedap jugak..wangi je nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah terfikir pula untuk tumis dengan minyak bijak. Terima kasih untuk cadangan, Ammi.

      Delete
  3. Akak suka resepi yang simple- simple

    ReplyDelete
  4. Masakan mudah dan pasti disukai anak-anak.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Kak Sha. Budak-budak mesti suka masakan macam ni

      Delete

Post a Comment