Resepi Ayam Sweet Sour Yang Sedap

 Hai semua. Bertemu kembali dalam entri resepi The Wonderful Jannah. Untuk entri hari ini, saya ingin kongsikan resepi ayam sweet sour.

Sebenarnya, adik saya yang nak makan ayam sweet sour. Jadi, selepas menilai bahan-bahan yang ada di rumah, terhasillah resepi di bawah. Saya tolong fikir resepi untuk ayam sweet sour, sediakan bahan-bahan dan guide dia semasa memasak je. 

Tanpa melengahkah masa, jom kita baca resepinya.

Bahan-bahan
Ayam-dipotong kecil
1 ulas bawang putih-dicincang
1/2 inci halia-ditumbuk
4 sudu cili merah kisar
1/2 biji bawang besar-dihiris
1 biji tomato-dipotong lapan
1/2 biji lobak merah-dipotong
Sos cili-secukupnya
Sos tiram-secukupnya
Air-secukupnya
Minyak masak-untuk menumis

Hiasan
Daun bawang-dihiris

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang putih dan halia. 

2. Apabila bawang putih sudah garing, masukkan cili kisar. Tumis sehingga garing.

3. Masukkan sos cili dan sos tiram lalu kacau.

4. Masukkan ayam, kacau dan biarkan sehingga ayam separuh masak.

5. Masukkan lobak merah, kacau dan biarkan sehingga lobak merah agak lembut.

6. Masukkan air dan biarkan sehingga mendidih.

7. Masukkan bawang besar dan tomato. Kacau seketika. 

8. Setelah bawang besar agak layu, tutup api dan angkat ayam sweet sour.

8. Hiaskan ayam sweet sour dengan hirisan daun bawang.

Ayam Sweet Sour Yang Sedap

Ini pertama kali kami cuba memasak ayam sweet sour. Resepi pun ikut suka hati je😆. Tapi nasib baik rasanya sedap. Mungkin sebab ada sos tiram tu. 

Banyak lagi bahan lain yang anda boleh tambahkan. Contohnya, lada benggala dan nanas. Disebebabkan tak rancang pun nak masak ayam sweet sour, guna bahan yang ada di rumah jelah. 

Kalau ada cadangan untuk penambahbaikan resepi ni, jangan lupa untuk kongsikan di bawah.

Selamat mencuba dan jumpa lagi.

Baca resepi yang lain:

Comments

Post a Comment