Resepi Ayam Masak Halia Chinese Style

 Hai semua. Hari ini saya akan kongsikan resepi ayam masak halia Chinese style.

Selalunya saya masak ayam halia versi berkuah yang cair. Tapi saya buat pengubahsuaian sedikit. Selepas mencari resepi dan mengubah mengikut selera saya, maka terhasilah resepi di bawah. Bawang besar tu tak wajib pun tapi saya letak sebab saya suka. Tepung jagung pula digunakan untuk memekatkan kuah.

Jom kita lihat resepinya.

Bahan-bahan
Dada ayam-dipotong kecil
1 biji bawang merah-dihiris
1 ulas bawang putih-dihiris
1/2 inci halia-dihiris
1/2 biji bawang besar-dihiris
3 sudu tepung jagung-dibancuh dengan air
Garam-secukupnya
Air-secukupnya
Minyak masak-untuk menumis

Hiasan
Daun bawang-dihiris

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga garing.

2. Masukkan ayam. Kacau dan biarkan sehingga isi ayam berwarna putih.

3. Masukkan air dan biarkan sehingga kuah mendidih dan surut sedikit.

4. Masukkan garam dan kacau.

5. Masukkan tepung jagung, kacau dan biarkan sehingga kuah menjadi pekat.

6. Masukkan bawang besar.

7. Setelah bawang besar agak layu, tutup api dan angkat ayam masak halia.

8. Hiaskan ayam masak halia dengan hirisan daun bawang.

Ayam Masak Halia Chinese Style

Ayam masak halia ni adalah resepi yang mudah untuk dimasak dan lebih sihat sebab kurang berminyak. Rasanya juga sedap walaupun hidangan ni ringkas je. Memang akan masak lagi ayam halia ni nanti.

Sesiapa yang pernah masak ayam masak halia, bolehlah kongsikan bahan-bahan lain yang anda tambahkan dalam resepi. 

Selamat memasak๐Ÿ˜Š.

Baca resepi yang lain:

Comments

  1. Okey...boleh massak macam ni untuk bawak bekal isnin nanti kan?

    ReplyDelete
  2. Tags https://belogsjm.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-redzuan.html?m=1

    ReplyDelete
  3. Menarik ni. Eza nak try jugak la lepas ni. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  4. Sedap nih JR, masakan yang macam ni kalau dapat makan setiap hari pun cheq tak jemu rasanya ๐Ÿ˜†๐Ÿ‘๐Ÿป

    ReplyDelete
  5. simple betul resepi ni. boleh try ni :)

    ReplyDelete

Post a Comment