Resepi Spaghetti Carbonara Ayam

Hai semua. Bertemu kembali dalam sesi perkongsian resepi di The Wonderful Jannah. Untuk entri hari ini, saya akan kongsikan resepi spaghetti carbonara ayam.

Memandangkan adik saya dan saya masih tukang masak yang amatur, kami gunakan sos carbonara yang ada di pasaran je. Lagipun memang resepi-resepi di TWJ ni sesuai untuk yang baru belajar untuk memasak.

Sedikit tips untuk elakkan spaghetti melekat selepas dicelur, anda boleh gaulkannya dengan minyak zaitun.

Jom kita lihat resepinya.

Bahan-bahan
1 paket spaghetti-dicelur & digaul dengan minyak zaitun
Ayam kisar
4 ulas bawang putih-dicincang 
1/2 biji bawang besar-dicincang
Lobak merah-dipotong dadu
2 tin kecil sos carbonara cendawan Prego
Lada hitam (ditumbuk)-secukupnya
Keju parmesan-secukupnya
Air-secukupnya
Serbuk parsli-secukupnya
Minyak zaitun

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak di dalam kuali lalu masukkan bawang putih dan bawang besar.

2. Setelah bawang garing, masukkan ayam kisar dan kacau seketika.

3. Masukkan lobak merah lalu kacau.

4. Setelah tekstur lobak merah agak lembut, masukkan sos carbonara cendawan.

5. Masukkan air dan biarkan sehingga kuah mendidih.

6. Masukkan lada hitam dan kacau.

7. Masukkan serbuk parsli lalu kacau.

7. Tutup api dan hidangkan spaghetti carbonara yang sudah siap dimasak.


Spaghetti Carbonara Ayam Versi TWJ

Sebenarnya dah lama saya tak makan spaghetti carbonara. Sekarang ni selalu makan spaghetti aglio olio je. Untuk spaghetti carbonara ni kena beli sos dulu. Kalau nak buat sos dari awal pula, banyak pula bahan-bahan yang perlu dibeli.

Kalau anda, spaghetti mana yang menjadi pilihan? Jangan lupa kongsikan di bawah.

Selamat memasak.

Comments

  1. Wow nampak meroah la.. mesti sedap

    ReplyDelete
  2. suka dua2 sebab sedap haha. Selalunya kalau beli barang dapur memang dah beli sos carbonara atau bolognese siap2. Rasa nak makan terus buat je hehe

    ReplyDelete

Post a Comment