Resepi Jemput Bawang Yang Mudah Dan Sedap

Hai semua. Hari ini saya ingin kongsikan resepi jemput bawang atau boleh juga dipanggil cekodok/cucur bawang.

Selalunya saya masak jemput bawang ni untuk sarapan pagi. Tapi kalau nak jadikan sebagai juadah minum petang pun tak ada masalah.

Resepi yang saya kongsikan ni tidak terlalu spesifik. Kuantiti bahan-bahan yang lain bergantung kepada kuantiti tepung yang digunakan.

Jom kita baca resepinya.

Bahan-bahan
Tepung gandum
Garam-secukupnya
3 biji bawang merah-dihiris
Air-secukupnya
Minyak masak-untuk menggoreng

Cara memasak
1. Masukkan tepung gandum ke dalam satu mangkuk.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul sehingga adunan mencapai kepekatan yang bersesuaian. Jangan terlalu pekat atau terlalu cair.

3. Masukkan garam dan gaul hingga sebati.

4. Masukkan hirisan bawang merah lalu gaul.

5. Panaskan minyak dalam kuali. Ambil adunan menggunakan sudu dan masukkan ke dalam kuali. 

6. Goreng jemput sehingga rangup di bahagian luar menggunakan api sederhana. 

7. Hidangkan jemput bawang yang sudah siap digoreng.

Jemput Bawang Versi TWJ

Memang sedap kalau makan jemput bawang ni semasa masih panas. Bahagian luarnya rangup dan bahagian dalamnya lembut. Makan macam tu pun sudah sedap.

Kalau nak lebih sedap, boleh makan dengan sos cili atau sambal. 

Sedikit tips untuk masak jemput bawang yang sedap ialah kita kena pastikan kepekatan adunan adalah bersesuaian dan api yang digunakan tidak terlalu besar. Kalau kuali terlalu panas, mungkin bahagian luar nampak macam dah nak hangus, tapi bahagian dalam belum masak lagi.

Di tempat, adakah anda panggil jemput, cucur atau cekodok? Jangan lupa kongsikan di bawah.

Selamat memasak dan jumpa lagi.

Baca resepi yang lain:

Comments

  1. Kalau jemput- jemput bawang akak suka makan cicah ngan sambal sardin.....pergh...laju je menyuap...hehehe

    ReplyDelete
  2. tgk gmbr jemput2 pun nmpk sedap tuuh.,. ;p

    ReplyDelete

Post a Comment