Resepi Ketam Ala Shellout Untuk Penggemar Seafood

 Hai semua. Entri ini khas buat peminat makanan laut kerana saya akan kongsikan resepi ketam ala shellout.

Boleh dikatakan resepi ini agak berbeza. Bahan-bahan yang diperlukan agak banyak jika dibandingkan dengan resepi-resepi yang sering saya kongsikan di sini.

Mari kita baca resepinya.

Bahan-bahan
Ketam
3 biji bawang merah-dikisar
6 ulas bawang putih-dikisar
1 biji bawang besar-dikisar
2 batang serai-diketuk
6 sudu lada kering kisar
1/2 inci halia
1 biji telur ayam
Sos tiram-secukupnya
Sos cili-secukupnya
Sos tomato-secukupnya
2 helai daun limau purut
Garam-secukupnya
Sedikit air
Minyak masak

Cara memasak
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan serai.

2. Masukkan bawang kisar, halia dan lada kering kisar. Biarkan seketika.

3. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili lalu kacau. Tumis sehingga garing.

4. Masukkan ketam. Kacau seketika.

5. Masukkan daun limau purut lalu kacau.

6. Masukkan sedikit air.

7. Masukkan telur ayam, biarkan seketika dan kacau.

8. Masukkan garam dan kacau hingga sebati.

9. Tutup api dan hidangkan ketam yang sudah siap dimasak.

Ketam Ala Shellout

Sebenarnya, adik saya dan saya cuba-cuba je. Disebabkan tak tahu nak letak nama apa untuk resepi ni, kami hanya namakan sebagai "ketam ala shellout".

Kalau anda idea yang menarik untuk masakan ketam, boleh kongsikan di bawah.

Kepada semua peminat makanan laut, jangan lupa untuk cuba resepi ini.

*Versi video boleh ditonton di YouTube The Wonderful Jannah

Comments

  1. sedap ni.
    akak suka masak ketam telur masin & dan cam ni.
    fuh lama tak shellout

    ReplyDelete
  2. Sedapnya 🤤 Dah lama tak makan ketam. Seafood mmg fav saya.

    ReplyDelete
  3. Adudu sedapnya.. ketam mama.ok lagi.. jgn udang udah le

    ReplyDelete

Post a Comment