Resepi Kupang Masak Sambal

Hai semua. Resepi untuk hari ini agak istimewa kerana jarang saya kongsikan resepi yang berasaskan makanan laut. Resepi tersebut ialah kupang masak sambal.

Macam biasalah kalau resepi yang lain sikit ni ada orang yang minta sebenarnya. Memandangkan adik saya nak makan kupang, jadi saya pun ambil keputusan untuk kongsikan resepi di blog. Lagipun senang nak rujuk kepada resepi kalau nak masak lain kali.

Jom kita baca resepinya.

Bahan-bahan
Isi kupang
3 sudu bawang kisar (bawang merah, bawang putih & bawang besar)
1 inci halia-ditumbuk
5 sudu lada kering kisar
Hirisan lada kering
1 batang serai-diketuk
1 asam keping
2 helai daun limau purut
Sos tiram-secukupnya
Sos ikan-secukupnya
Garam-secukupnya (kalau tak cukup masin)
Gula-secukupnya
Air-sedikit sahaja
Minyak masak

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan serai.

2. Masukkan bawang kisar, halia, hirisan lada kering dan lada kering kisar.

3. Setelah bahan tumisan agak garing, masukkan asam keping.

4. Masukkan sos tiram lalu kacau.

5. Masukkan daun limau purut dan sos ikan dan kacau.

6. Masukkan sedikit air lalu biarkan seketika.

7. Masukkan isi kupang dan kacau. Air dari kupang akan keluar. 

8. Masukkan garam dan gula lalu kacau. Masak sehingga kuah mendidih dan agak kering.

9. Hidangkan kupang masak sambal yang sudah siap dimasak.

Kupang Masak Sambal


Boleh dikatakan agak banyaklah bahan yang diperlukan untuk resepi ni. Tapi berbaloi dengan hasil masakannya. Saya sebenarnya tak biasa pun masak seafood. Memang akan rujuk kepada adik saya untuk masakan yang berasaskan seafood sebab tu jarang ada resepi yang menggunakan seafood di blog ni😂.

Nantikan banyak lagi resepi menarik dalam entri akan datang. 

Selamat memasak.

*Resepi ini sudah dikongsikan di YouTube The Wonderful Jannah. Jangan lupa tonton versi video juga.

Baca resepi yang lain:

Comments

  1. Lama dah cheq tak makan kupang, rasa teringin pulak bila tengok resipi JR ni 🤤😆

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaaa kupang! Lama dahh tak makan, hari hari makan ayam ayam dan ayam. Kadang ikann hahaha >.<

    ReplyDelete
  3. wah. ada YouTube channel.
    aida suka tgk segmen masak2.
    nanti aida terjah ye.

    kupang ni feveret kami.
    now byk da jual yg da kopek.
    1 pek antara rm5 - rm6.
    tak susah la aida nak menyambal dgn kupang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, ada YouTube channel tapi masih baru lagi dalam bidang tu. Jemput singgah nanti.

      Delete
  4. Sedapnyaaa kupang...lama x makan kupang...kat Seremban ni susah cari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Kak SA. Bukan semua tempat ada jual kupang ni.

      Delete

Post a Comment