Dah Lama Tak Makan Donut Daripada Big Apple

Hai semua. Hari ini saya ingin kongsikan tentang donut daripada Big Apple.

Saya mula kenal dengan Big Apple ni daripada rakan universiti. Macam biasalah kawan yang ajak beli sama-sama. Tiba-tiba tersuka pula dengan donut daripada Big Apple.

Boleh dikatakan donut Big Apple antara donut yang sedap dan menjadi kegemaran saya. Tapi dah lama tak beli. Mungkin dah bertahun-tahun sebab memang jarang beli makanan kat luar sejak pandemik melanda. 

Lagipun saya memang jarang beli makanan manis kecuali kalau teringin sangat nak makan. Baru-baru ni, ada pula orang belanja donut Big Apple. Rezeki untuk bulan November ni.

Jom kita lihat packagingnya.

Donut Big Apple

Cantik sangat packagingnya dengan gambar buah mangga. Mungkin ada donut edisi istimewa kot. Pertama kali nampak kotak Big Apple design macam ni. Selalunya dapat kotak kecil sebab saya selalu beli satu biji donut je. Tak mampu nak habiskan satu kotak kalau makan seorang diri😂.

Donut Big Apple

Dalam satu kotak tu, ada 6 biji donut. Empat biji donut keju, satu biji donut mangga dan satu biji donut kacang tanah. Donut dengan topping keju memang kesukaan saya sebab tu donut keju mendominasi kotak.

Saya lebih suka donut yang lebih savori berbanding yang terlalu manis. Tapi semua donut dalam gambar tu sedap sebenarnya.

Salah satu sebab saya suka donut Big Apple ialah donutnya yang lembut. Selain itu, toppingnya juga kena dengan selera saya.

Dari segi harga, saya tak pastilah pula kerana bukan saya yang beli. Tak tahulah bila dapat pergi membeli donut di Big Apple.

Anda pula suka donut dengan topping apa?

Comments

  1. Ammi pun suka Big Apple. Lembut je.
    Donut JCo pun best juga

    ReplyDelete
  2. Alaaaaa...teringat ari tu janji nak belikan untuk Dania.....aduhaiiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memandangkan dah ingat, kena beli lah untuk Dania.

      Delete
  3. Sha pun lama tak membeli big apple ini.. Setuju donut dia lembut..

    ReplyDelete

Post a Comment