Hai semua. Hari ini saya ingin kongsikan resepi nasi goreng gochujang.
Adik saya beli sos gochujang untuk tteokbokki sebenarnya. Namun, memandangkan sosnya masih banyak lagi, kami gunakan untuk masak nasi goreng.Mari baca resepinya.
Bahan-bahan
Nasi putih
1 ulas bawang putih-dicincang
Bahan-bahan
Nasi putih
1 ulas bawang putih-dicincang
1 sudu sos gochujang tteokbokki
Sedikit kicap cair
Sedikit gula
Kubis hijau-dipotong halus
Keju mozarella
Cara-cara memasak
1. Masukkan bawang putih, sos gochujang, kicap cair dan gula ke dalam satu mangkuk. Gaul hingga sebati.
2. Panaskan kuali dan masukkan nasi.
3. Masukkan campuran sos gochujang lalu kacau hingga sebati.
4. Masukkan kubis hijau. masak sehingga kubis agak layu.
5. Masukkan keju mozarella. Biarkan hingga cair lalu kacau.
6. Hidangkan nasi goreng gochujang yang sudah siap dimasak.
Secara kebetulan ada ayam goreng, jadi kami pun hidangkanlah dengan nasi goreng gochujang tu. Tak sangka sedap sebab resepinya ringkas sangat dan kami pun hanya cuba-cuba je😂.
Kubis hijau-dipotong halus
Keju mozarella
Cara-cara memasak
1. Masukkan bawang putih, sos gochujang, kicap cair dan gula ke dalam satu mangkuk. Gaul hingga sebati.
2. Panaskan kuali dan masukkan nasi.
3. Masukkan campuran sos gochujang lalu kacau hingga sebati.
4. Masukkan kubis hijau. masak sehingga kubis agak layu.
5. Masukkan keju mozarella. Biarkan hingga cair lalu kacau.
6. Hidangkan nasi goreng gochujang yang sudah siap dimasak.
Nasi Goreng Gochujang Ala Korea |
Kepada peminat makanan Korea, bolehlah cuba resepi ni. Tapi ni versi tempatan lah. Tak pasti pula resepi orang Korea macam mana.
Baca resepi yang lain:
Wah...makan ala- ala korea erk hari ni.....
ReplyDeleteSekali-sekala tukar selera, Kak SA.
DeleteWahhh, duduk rumah pun makan ala korea. Sedap2
ReplyDeleteSedap, Kak Aien.
DeleteWow mmg nampak sedap
ReplyDeleteJangan lupa cuba resepi ni nanti, Kak Adda.
Deletesyoknya bila cuba-cuba dan menjadi.. Ohsem..
ReplyDeleteYa, Kak Sha. Memang seronok apabila berjaya pada percubaan pertama.
DeleteMenarik nih. Anak-anak saya pulak memang peminat tegar makanan Korea. Bolehlah cuba nanti, sos Tteobokki pun masih berbaki lagi tu.
ReplyDeleteJangan lupa cuba resepi ni nanti.
Delete