Hai semua. Untuk entri kali ini saya kongsikan resepi masakan barat, iaitu spaghetti garlic butter versi TWJ.
Kebetulan baru-baru ini saya ternampak satu resepi spaghetti di YouTube. Kebetulan pula masa tu saya memang teringin nak makan spaghetti. Memandangkan saya tak pernah cuba lagi resepi spaghetti garlic butter, saya pun ambil keputusan untuk cuba tetapi saya ubahsuai resepi mengikut selera sendiri.
Kalau letak lebih banyak bawang putih lebih sedap, tetapi disebabkan bawang putih di rumah dah nak habis, saya hanya gunakan apa yang ada. Memang saya tak buat persediaan awal sebab tiba-tiba je rasa nak cuba masak spaghetti ni😂.
Mari kita baca resepinya.
Bahan-bahanSpaghetti-dicelur
2 ulas bawang putih-dicincang
2 ulas bawang putih-dicincang
3 ulas bawang putih-dihiris
Daging kisar-secukupnya
Daging kisar-secukupnya
Brokoli
Garam-secukupnya
Serbuk bawang putih-secukupnya
Serbuk paprika-secukupnya
Mentega-secukupnya
Minyak zaitun
Minyak zaitun
Cara-cara memasak
1. Panaskan kuali lalu masukkan bawang putih. Goreng sehingga garing.
2. Angkat bawang putih, ketepikan dan tuang minyak lebihan menggoreng tadi ke atas spaghetti. Gaul hingga sebati.
3. Panaskan kuali dan cairkan mentega. Tumis bawang putih cincang sehingga garing.
4. Masukkan daging kisar dan biarkan seketika.
5. Masukkan brokoli dan kacau seketika.
6. Setelah tekstur brokoli menjadi lembut, masukkan spaghetti.
4. Masukkan daging kisar dan biarkan seketika.
5. Masukkan brokoli dan kacau seketika.
6. Setelah tekstur brokoli menjadi lembut, masukkan spaghetti.
7. Masukkan garam, serbuk bawang putih dan serbuk paprika. Kacau hingga sebati.
8. Tutup api dan angkat spaghetti. Taburkan bawang putih goreng ke atas spaghetti.
Spaghetti Garlic Butter Versi TWJ |
Percubaan pertama berjaya. Rsanya sedap tapi kalau lebih banyak bawang putih mesti lebih sedap. Sesetengah orang letakkan keju parmesan. Mungkin nanti saya cuba letakkan keju parmesan pula.
Tapi lepas ni kena pandai seimbangkan lagi penggunaan minyak dan mentega sebab spaghetti tu macam berminyak sikit. Sesekali bolehlah makan makanan yang berminyak macam ni.
Kepada yang mencari kelainan dalam menu spaghetti, jangan lupa cuba resepi spaghetti garlic butter ni. Selamat memasak.
Baca resepi yang lain:
Tengok entry ni terus teringat ada spaghetti kat rumah tak buat lagi...kena buat nanti ni...maybe nak buat aglio olio
ReplyDeleteAglio olio pun sedap juga.
Deletemudah buat dan sedap ni
ReplyDeletesaya hanya ada pressure cooker malaysia, agaknya boleh buat resepi ni ke ?
ReplyDelete