Resepi Spaghetti Salted Egg

Hai semua. Hari ini saya akan kongsikan resepi spaghetti salted egg (telur masin).

Setelah mencuba beberapa resepi spaghetti, saya mengambil keputusan untuk mencuba satu lagi resepi spaghetti. Memandangkan ada mentega dan serbuk telur masin di rumah, maka terhasillah spaghetti salted egg. 

Saya tak sertakan resepi untuk ayam tapi kalau nak resepi, boleh baca dalam entri ayam mayonis. Untuk resepi ni, memang saya tak letakkan garam sebab sudah cukup rasa masinnya. Jom kita baca resepi penuh.

Bahan-bahan
Spaghetti-dicelur
Bawang putih-dicincang (kuantiti bergantung kepada kuantiti spaghetti)
Daun kari-ikut citarasa masing-masing
Ayam-dipotong kecil & digoreng tepung
Serbuk telur masin (salted egg)-secukupnya
Mentega-secukupnya
Susu cair-secukupnya

Cara-cara memasak
1. Panaskan kuali menggunakan api kecil. Masukkan mentega dan biarkan sehingga cair.

2. Masukkan bawang putih. 

3. Apabila bawang putih sudah agak garing, masukkan daun kari. Biarkan seketika.

4. Masukkan susu cair. Biarkan sehingga mendidih.

5. Masukkan serbuk salted egg dan kacau.

6. Masukkan spaghetti dan kacau hingga sebati.

7. Masukkan ayam yang telah digoreng terlebih dahulu. Kacau untuk seketika. 

8. Tutup api dan angkat spaghetti. 

Spaghetti Salted Egg

Rasa salted egg tu sedap cuma kuah terlalu sedikit. Rasanya kena lebihkan susu dan mentega lain kali. Cuma tak ada sayur sebab tak tahu sayur apa yang sesuai dengan spaghetti salted egg. Kalau ada yang tahu, jangan lupa kongsikan.

Sesiapa yang ada resepi lain untuk spaghetti juga dialu-alukan untuk tinggalkan komen.

*Tambahkan minyak zaitun semasa mencelur spaghetti untuk elakkan spaghetti melekat.
*Gunakan api kecil untuk elakkan kuah hangus.

Comments

  1. Hmmm..cheq rasa kalau buh bunga kobis atau brokoli, mungkin sesuai dengan resepi nih 😃

    ReplyDelete
  2. baby corn dengan kobis bunga mungkin sedap kot. Or letak carrot sebab crunchy and manis

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Agak rare sebab selalunya orang masak ayam salted egg je.

      Delete

Post a Comment