Pengalaman Makan di Ayam Gepuk Pak Gembus Kuantan

Hai semua. Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman makan di Ayam Gepuk Pak Gembus.

Saya pergi ke cawangan Kuantan yang terletak berhampiran dengan East Coast Mall. Restoran tersebut terletak di bangunan dua tingkat. Kalau anda pergi pada hari cuti, parkir selalu penuh. Kalau ada rezeki, dapatlah parkir kereta berdekatan. 

Pada waktu puncak, anda mungkin terpaksa parkir jauh sikit dan beratur lebih lama untuk beli makanan. Lama juga saya beratur disebabkan kami sampai dalam pukul enam lebih.

Setelah anda membuat pesanan, anda perlu menunggu seketika sementara makanan disediakan. Kalau anda inginkan suasana yang lebih tenang, boleh makan di tingkat atas. Sinki dan tandas antara kemudahan yang disediakan. 

Apabila nombor anda dipanggil, boleh ambik makanan di kaunter. Kicap manis diletakkan di suatu sudut dan anda boleh ambik sebanyak mana yang diinginkan tapi pastikan tidak membazir. 

Ada beberapa set ayam gepuk. Boleh pilih set dengan air atau ala carte. Tapi tak ingat berapa harga sebab dah lama sangat😂. Kami pesan set ayam gepuk yang terdiri daripada nasi, ayam ori, timun, kubis mentah, tauhu dan tempe. 

Ayam Gepuk Pak Gembus

Terdapat dua pilihan ayam, iaitu ayam ori dan crispy. Menurut adik saya (yang selalu pergi makan ayam gepuk), kombinasi dengan ayam ori lebih sedap. Kebetulan semasa kami ke sana, ayam crispy tiada. Jadi, kami pesan ayam ori sahaja. 

Untuk sambal pula, anda boleh pilih sama ada sambal kacang (tak pedas), biasa (agak pedas) dan pedas. Kami pilih sambal kacang.

Semasa kunjungan kami ke sana, staf sangat peramah dan baik. Kalau rasa tak kenyang lagi, boleh minta tambah nasi dan sambal. Nak minta mereka campurkan sambal kacang dan sedikit sambal biasa pun boleh. 


Memang sedap rupanya ayam gepuk. Patutlah adik saya pergi makan ayam gepuk tiap-tiap bulan. Sebenarnya, ini merupakan kali pertama saya makan ayam gepuk. Nak pergi makan ayam gepuk lagi nanti. 

Cuba anda kongsikan tentang ayam gepuk kegemaran anda di ruangan. Ayam gepuk mana yang paling sedap? Saya nak cuba ayam gepuk dari kedai lain pula. 


Sekian sahaja entri kali ini. Jumpa lagi.





Comments