Review Novel Bukan Pengganti Sementara Karya Hasz Ninie

Hai semua. Hari ni saya nak review satu lagi novel dari Suci Love Story Publication, iaitu novel Bukan Pengganti Sementara karya Hasz Ninie. Novel ini merupakan novel pertama penulis. Jadi, saya tidak tahu bagaimana cara penulisan beliau. Kalau nak tahu best ke tak, kenalah baca review ni sampai habis.

Saya beli novel ni bersama-sama dengan novel Barith, Can't Unlove You. Untuk pengetahuan semua, novel ini tidak dijual di kedai buku. Memang jualan secara atas talian je.

Novel Bukan Pengganti Sementara Karya Hasz Ninie

Judul: Bukan Pengganti Sementara
Penulis: Hasz Ninie
Genre: Cinta, kekeluargaan
Tahun terbitan: 2020
Penerbit: Suci Love Story Publication
Harga: RM 32
Mukasurat: 445

Review:
Novel ini dimulakan dengan konflik perkahwinan Naura dan Shamsul. Setelah perkahwinan mereka berusia beberapa tahun, janji-janji manis Shamsul hanya tinggal kenangan. Naura dituduh berlaku curang dan dia diceraikan. Anaknya pula tidak pernah mendapat kasih sayang seorang bapa.

Bagi saya, tindakan Shamsul menghalau Naura dengan anak kecil sangatlah tidak berperikemanusiaan. Dia bertindak tanpa usul periksa setelah dihasut oleh seseorang yang rapat dengan Naura.

Apabila membaca novel ini, saya dapat memahami penderitaan yang dilalui oleh Naura. Dia harus membesarkan anaknya tanpa suami dan tanpa tempat untuk dituju selepas dihalau. Yang lebih menyakitkan adalah rakan baiknya, Julia yang menabur fitnah tentang kecurangan Naura. Cara penceritaan penulis sangat berkesan dan membuatkan saya betul-betul marah dengan Shamsul dan Julia.

Novel Bukan Pengganti Sementara ini menunjukkan perjalanan Naura setelah diceraikan. Kita dapat lihat bagaimana dia bangkit semula dengan bantuan orang sekeliling terutamanya Syirah. Rasanya kisah-kisah sebegini kerap kita dengar. Ada wanita yang harus berusaha keras untuk meneruskan kelangsungan hidup selepas perceraian. Kekuatan utama mereka sudah semestinya anak-anak.

Kemunculan semula Shamsul yang menagih semula cinta Naura dan kehadiran orang baru, Rafael menambahkan lagi konflik dalam novel ni. Memang susah untuk orang yang pernah terluka dan gagal dalam perkahwinan untuk kembali menjadi seorang isteri. Kalau nak tahu sama ada Naura pilih salah seorang daripada mereka ataupun langsung tak pilih kedua-duanya, anda kenalah baca novel Bukan Pengganti Sementara.

Pengajaran:
- Berfikir sebelum bertindak. Shamsul sepatutnya berbincang dengan Naura dan menyelidik kebenaran berita yang didengari sebelum membuat apa-apa keputusan.
- Orang luar boleh jadi keluarga juga. Kadangkala orang yang baru kita kenal boleh menjadi keluarga kita. Contohnya, Syirah yang tiada pertalian darah dengan Naura membantunya selepas dia dihalau dari rumah.  
- Jangan terlalu percaya orang lain. Selama mana kita kenal seseorang atau serapat mana kita dengan seseorang, jangan sesekali meletakkan 100% kepercayaan. Kadang-kadang orang yang dekat dengan kitalah yang menjatuhkan kita.

Secara keseluruhannya saya ingin beri 9.0/10 bintang kepada novel ini.

Baca review novel yang lain:
-Barith, Can't Unlove You Karya Mell Mariann
-9 Nota Karya Hannah Ezaty
-Pujaan Hati Kanda Karya Aulia Iman

Comments

  1. Oooo beli atas talian eh....share skit beli kat mana..akak nak tambah koleksi lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, beli atas talian. Akak boleh ke FB Novelis Suci Hidayat, penerbit novel ni.

      Delete
  2. Wow bagus rating novel Ni mesti best kan

    ReplyDelete
  3. akak lama dah tak baca novel. this novel sound interesting, if berpeluang nak juga baca nanti

    ReplyDelete

Post a Comment