Hai semua. Hari ini saya akan kongsikan satu lagi resepi kerabu, iaitu kerabu kacang botol. Untuk resepi ini, saya tambahkan juga bunga kantan.
Biasanya saya akan goreng berlada kacang botol ataupun makan sebagai ulam. Namun, kali ni saya ingin membuat kelainan. Memandangkan percubaan membuat kerabu peria berjaya, saya ingin mencuba kerabu kacang botol pula.
Kuantiti bahan-bahan untuk kerabu ni terpulang kepada citarasa masing-masing tapi pastikan semuanya seimbang. Jom kita lihat resepi penuh untuk kerabu kacang botol ni.
Bahan-bahan
Kacang botol-dihiris
Bunga kantan-dihiris nipis
10 biji bawang merah-dihiris
Kelapa parut-digoreng
1 biji lada-dihiris
1 biji limau nipis-dipotong dua
Garam-secukupnya
Cara-cara memasak
1. Masukkan kacang botol, bunga kantan, bawang merah dan kelapa parut ke dalam satu mangkuk. Gaul bahan-bahan tersebut.
2. Masukkan garam dan perahkan limau. Gaul hingga sebati.
3. Pindahkan kerabu ke dalam pinggan untuk dihidangkan.
4. Taburkan hirisan lada ke atas kerabu.
Kerabu yang sudah siap disediakan adalah seperti gambar di atas. Rasanya sedap terutamanya rasa bunga kantan. Kalau tambahkan lebih banyak bunga kantan mesti lagi sedap, tapi ada satu je bunga kantan masa tu.

Kerabu Kacang Botol |
Kerabu yang sudah siap disediakan adalah seperti gambar di atas. Rasanya sedap terutamanya rasa bunga kantan. Kalau tambahkan lebih banyak bunga kantan mesti lagi sedap, tapi ada satu je bunga kantan masa tu.
Sesiapa yang suka makan kerabu bolehlah cuba resepi ni. Kalau anda ada resepi lain untuk kerabu, dipersilakan untuk kongsi di ruangan komen.
Selamat mencuba.
Selamat mencuba.
Baca resepi yang lain:
sedap kerabu kacang botol ni. nenti nak try la resepi ni :)
ReplyDeleteMemang sedap, kak. Saya pun nak repeat kalau ada bahan-bahannya nanti.
Deletebestnya kerabu kecipir
ReplyDelete😊
DeleteNi memang sedap nih! Dapat kat cheq ni, boleh ratah saja satu mangkuk ni 😆
ReplyDeleteTak cukup satu mangkuk ni😂.
Delete