Resepi Bayam Merah Goreng

Hai semua. Entri kali ini ditulis untuk berkongsi resepi bayam merah goreng. 

Sebelum ini, saya dah pernah kongsikan resepi bayam merah tapi versi tumis air. Namun, resepi bayam merah goreng ni lebih ringkas sebab bahan-bahan yang diperlukan tidak banyak.

Jom kita lihat resepi untuk bayam merah goreng.

Bahan-bahan
Bayam merah
1 sudu bawang kisar (bawang merah,bawang putih, bawang besar)
Air-secukupnya (sedikit saja)
Garam-secukupnya
Minyak masak-untuk menumis

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang kisar dan tumis sehingga garing.

2. Masukkan bayam merah dan kacau.

3. Masukkan sedikit air. Kacau dan biarkan seketika.

4. Masukkan garam dan kacau.

5. Hidangkan bayam merah yang sudah siap digoreng.

Bayam Merah Goreng

Sesiapa yang ada bayam merah di rumah, bolehlah cuba resepi ni. Kalau ada resepi menarik menggunakan bayam merah, jangan lupa kongsikan di ruangan komen.

Selamat memasak dan jumpa lagi๐Ÿ˜Š.

Baca resepi yang lain:

Comments

  1. akak suka bayam hijau, yg merah ni suka juga tapi seram sikit tgk color nya. hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah juga jumpa orang yang tak suka bayam merah sebab warna dia๐Ÿ˜….

      Delete
  2. sy jarang mkn bayam merah, biasa yg hijau..hampir tiap hari mkn bayam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh, saya pula jarang makan bayam hijau๐Ÿ˜….

      Delete
  3. Lama tak makan bayam. Biasa masa rebus je. nanti boleh cuba tumis goreng macam ni pulak :)

    ReplyDelete

Post a Comment