Resepi Ayam Paprik Yang Sedap

Hai semua. Rasanya dah seminggu tak ada entri baru disebabkan kekangan masa. Nasib baik hari ini saya berkesempatan untuk tulis satu entri untuk anda. Untuk entri kali ini, saya akan kongsikan dengan anda resepi ayam paprik yang sedap.

Resepi hari ini perlukan banyak sikit bahan daripada biasa. Tapi jangan risau sebab cara memasaknya mudah sahaja.

Tanpa melengahkah masa, mari kita lihat resepinya.

Bahan-bahan
Ayam-dipotong kecil
1 biji bawang merah-dicincang
3 ulas bawang putih-dicincang
1/2 inci halia-dihiris
2 sudu lada kering kisar
2 helai daun limau purut
1/4 biji lobak merah-dipotong
Bunga kubis-dipotong
Sos cili-secukupnya
Sos tomato-secukupnya
Sos tiram-secukupnya
Sos ikan-secukupnya
Air-secukupnya
Minyak masak-untuk menumis

Hiasan
Daun bawang-dihiris

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia.

2. Masukkan lada kering kisar dan tumis sehingga garing.

3. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram lalu kacau.

4. Masukkan sedikit air dan sos ikan.

5. Masukkan ayam, kacau dan biarkan seketika.

6. Masukkan daun limau purut.

7. Masukkan lobak merah dan bunga kubis. Tambahkan sedikit air supaya mudah untuk sayur masak.

8. Setelah sayur-sayuran masak, taburkan hirisan daun bawang.

9. Hidangkan ayam paprik yang sudah siap dimasak.

Ayam Paprik Versi TWJ

Seperti yang anda dapat lihat dalam gambar di atas, itulah ayam paprik versi TWJ. Kalau anda teringin nak makan ayam paprik, bolehlah cuba resepi ini nanti.

Selamat memasak dan jumpa lagi.

*Resepi ini akan dikongsikan juga di YouTube The Wonderful Jannah. 

Baca resepi yang lain:

Comments

  1. Nice sharing jannah, nanti boleh try memandangkan saya suka sangat makan lauk paprik ni tapi selalu beli dekat luar aje hehehe >.<

    ReplyDelete
  2. nanti aida try ye.
    aida suka versi yg kuahnya byk, Jannah.
    anak2 suka makan berkuah skit.
    kering? hmmm byk komplen nanti diorang :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, sesetengah orang kalau makan mesti kena ada kuah.

      Delete

Post a Comment